"Wahai orang-orang yang beriman, jadikan sabar dan solah sebagai penolongmu. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar."
(Al-Baqarah : 153)
(Al-Baqarah : 153)
==========================================================
Satu hari.. aku kat satu agensi ni. Buat projek untuk agensi tu. Sekonyong-konyong..
Tanya sama hati apa rasa sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Adakah tandanya nampak dipandang
"Ringtone En H sama cam ringtone saya. Tapi saya punya yang budak-budak tu, tanya sama pokok..", kata aku bila dengar ringtone yang akan-akan ringtone aku.
"Wow. Puan suka lagu tu?", tanya officer kat satu agensi yang aku tengah buat projek dia (uh.. belit bahasa ni. No wonder BM aku dapat C dot dot. Heheh).
"Ha ah. Saya suka lagu tu. Best apa dengar lagu-lagu lama. Pening kepala saya dengar lagu head banging nih. Lagu-lagu budak zaman sekarang ni saya dah tak follow", panjang lebar aku jawab soklan yang pendek tu.
Senyum je budak tu dengar aku cakap.
"I follow yer..", kata salah seorang daripada mereka.
"Ha ah. Saya suka layan Abang Jem, Mak Neng..", dan aku senyum.
"Aik puan.. tu symptom tu.."
Hahah. Nak kata aku cam orang meningkat usia la tu (masih tak mau mengaku tua). Tu belum dengar ringtone yang aku dah set untuk husband aku (baca : sila gugel lagu Yusni Hamid - Kau Yang Kunanti).
Nak kata aku dah tak sama cam diorang, mungkin kot. Kata abang aku, kita dah tua. Bukan budak-budak lagi. Aku ni je taknak ngaku. Tapi di mulut. Dalam hati dah ngaku :-) Symptom terlupa tu dah ada, symptom yang mudah benar sensitif tu dah ada, symptom tak suka nengok rancangan hiburan di tv dah ada (suka nengok rancangan informatif je - buleh gitu?), symptom tak kuasa nak pikir perkara remeh-temeh tu dah ada, uban je takde lagi. Heheh.
Aku pernah ternampak uban kat kepala abang aku. Kekadang rasa cam tak caya.. umur makin meningkat. Abang yang suka menyakat aku masa kecik dulu tu dah makin berusia. Tapi abang aku tu takdela tua mana, 3 tahun je tua daripada aku. Tapi dia sangat matang. Kalau tak masakan pernah jadi consultant untuk satu projek besar kerajaan satu ketika dulu. Dan aku dapat info daripada satu agensi kerajaan yang pernah lantik abang aku sebagai consultant; puji abang aku melambung. Memang sangat melambung. Projek dah abis pun still invite abang aku untuk mintak advice (sah aku takkan pegi agensi ni, nanti dia compare aku ngan abang aku. Taknak!!! - biarlah orang kenal aku sebagai aku, bukan dibayangi abang aku).
Abang aku tu banyak sangat pikir sebab tu naik uban. Bila aku kata dia ada uban, asikla kata silau sebab tu nampak rambut dia putih. Sifat lawak+loyar buruk tak pernah terhakis daripada kecik. Sama la cam adik aku. Kata Kak Yanti, abang aku tak bagi cabut uban dia. Biarkan je kata dia. Baru kita berpijak di bumi yang nyata. Dalam erti kata lain, kalau dah tua, sedarlah diri dah tua.
Dah.. citer pasal abang aku la pulok. Asalnya nak citer pasal retro. Tapi gitulah. Bertambahnya hari bermakna usia kita makin kurang. Semoga Allah memberi hidayah dan kehidupan kita berakhir dengan husnul khatimah..
3 comments:
haha kalau minat lagu fotograf pun retro gak kan...ngeh3...faktor usia cik puan...nak nyanyi lagu taylor swift ke shontelle ke malu ler pulak...hihihi
kih...kih....
apalaaa adik tu cakap kat puan tuh ;)
aineena,
fotograf tu definitely retro! :-)
munajah cinta,
ai rasa umur kami berdua takdela jauh mana. kihkihkih.
Post a Comment