Friday, May 27, 2011

aku rindu

Jundub bin Sufyan meriwatkan, Rasulullah saw bersabda, " Sesiapa yang mendirikan solah subuh, dirinya akan berada dalam jagaan Allah. Berwaspadalah wahai sekalian manusia, jangan sampai terjadi keadaan di mana Allah membiarkanmu begitu sahaja tanpa jagaanNya."

(Hadis riwayat Muslim)

=========================================================

Tengahari tadi aku jumpa salah seorang bos kat opis aku, Puan M (opis aku memang ramai bos - daripada bos paling besar, bos besar, bos sederhana besar, bos sederhana kecik, bos kecik dll - orang cam aku ni ikan bilis je kat opis tu).


Tujuan aku jumpa dia : Nak jumpa sebelum dia berangkat ke Tanah Haram menunaikan umrah. Macam-macam kami bercerita. Aku memang suka dengar cerita pasal keadaan di sana. Seronok sangat bila dapat dengar. Walaupun belum berpeluang ke sana tapi dapat dengar cerita pun jadilah. Aku nak sangat ke sana. Allah sahaja Yang Maha Mengetahui betapa hati ini meronta-ronta nak ke sana..

"I tak dapat nak bayangkan betapa seronoknya first time I sampai sana tahun 2008 dulu, masa tu buat haji. Bila berada depan Kaabah, masyaAllah.. seronok sangat. Dapat sembahyang depan Kaabah, tawaf mengelilingi Kaabah, rasa taknak balik. Bila dah tawaf wida' tu I rasa macam....."

Mata dia bergenang. Sebak.

Aku jua begitu.

Ya Allah.. itu je yang aku impikan. Aku amat berharap dapat sampai ke sana sebelum hayatku tamat. Itu je yang aku idamkan.

Kata Mak, "Pergi ke situ dulu. Tempat yang lain-lain tu kita boleh dapat dalam syurga. Dalam syurga ada segala-galanya. Banyakkan amal. InsyaAllah kita akan ditempatkan di syurga. Nanti kita semua dapat jumpa di sana, dapat jumpa dengan Ayah.."

Nak aku sampaikan pada Puan M.. "Sampaikan salam saya kepada Rasulullah ya puan..", tapi tak terungkap. Bila airmata dah mula bertakung, memang mulut tak mampu lagi untuk berkata-kata. Aku rindukan semua tu. Terasa ingin benar menatap wajah Baginda. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui keinginanku itu. Alangkah seronoknya jika aku dihidupkan di zaman Baginda. Tapi mungkin imanku terlalu jauh jika nak dibandingkan dengan iman umat di zaman Baginda. Kerana itulah Allah tidak menghidupkan aku di zaman itu. Allah Maha Mengetahui yang terbaik untuk hambaNya..

Di manalah aku nanti.. dapatkah aku meminum air di Telaga Kauthar.. dapatkah Rasulullah mengenali umatnya yang banyak berbuat dosa ini.. Ya Allah.. Aku amat mengharapkan syafaat darimu Ya Rasulullah. Bantulah hambaMu ini Ya Allah..

No comments: