Thursday, February 17, 2011

Salam Maulidur Rasul

"Sesungguhnya sifat benar membawa kepada kebajikan dan sesungguhnya kebajikan itu membawa ke syurga. Seseorang yang sentiasa bersifat benar hinggalah dicatat di sisi Allah sebagai seorang yang benar. Dan sesungguhnya sifat dusta itu membawa kepada kezaliman (kejahatan) dan kejahatan itu membawa ke neraka. Seorang lelaki yang sentiasa berdusta sehinggalah dicatat di sisi Allah sebagai pendusta."

(Riwayat Muttafaqun Alaih)

=========================================================

12 Rabiul Awal Tahun Gajah..


Penghayatan tahun ni agak kurang. Bukak tv nak tengok Halaqah. Penceramah punya best, Dato' Nooh Gadot. Setengah jam pertama ok. Setengah jam kedua sudah menjadi mata garfield dan.. tv pulak yang nengok aku.

Ya Allah.. malu aku padaMu.. malu aku pada RasulMu. Tiada yang lain di hati Rasulullah melainkan ummati, ummati.. sedangkan aku umatmu boleh terlalai dek kerana hal duniawi.

Ampunkan aku Ya Allah.. maafkan aku Ya Rasulullah.. aku amat memerlukan syafaat darimu.. akan kucuba berhijrah.. itu janjiku..

No comments: