Saturday, February 19, 2011

elemen penting

"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh, benar-benar Kami pimpin mereka ke jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya."

(Al-Ankabut : 69)

=========================================================

Hari lepas aku meeting kat one of the statutory body kat Malaysia ni. Meeting was ok and interesting. Tulah.. sejak aku buat keje cenggini aku rasa everyday I've learn new things. Networking tu of course la kan. Tetapi ada ketika yang aku rasa cam.. ish.. entahlah nak oiii..

Tapi aku bukan nak citer pasal keje. Aku tak bape suka citer pasal keje kat blog ni atas beberapa sebab kecuali apabila keadaan memaksa. Cukuplah hari-hari ngadap keje. Dan cukuplah melayani karenah manusia setiap hari. Ini masa untuk melayani karenah emosiku..

Best part pegi situ ialah.. surau dia sangat comfortable. Memang comfortable. Surau yang kemas, takde bau, telekung yang bersih, ablution area yang selesa (selipar yang tersusun dan mesra warga emas). Al-maklumlah aku kini dah mencecah kategori warga perak, kena sentiasa beringat.

Aku ni kalau pegi mana-mana atas urusan keje, tak kira attending seminar, workshop, training mahupun meeting.. perkara utama yang aku nengok ialah bilik air. Penting wehhh.. dan andaikata bilik tersebut tidak memenuhi KPI muslim friendly ladies, aku sanggup 'tahan' sampai balik ke opis atau rumah. Atau kalau event tu dekat ngan umah, aku sanggup balik umah lunch hour dan skip lunch (terpaksa letak tepi hobi makan). Huhu. Sungguh sadis..

Kalu event aku tu amik masa sehari, satu lagi elemen penting yang aku concern ialah surau.

Pernah aku pegi training kat satu hotel ni.. Ya Allah memang aku PANGKAH SEPANGKAH PANGKAHNYA kat hotel nih. Dengan bilik air yang takde air (nama pun bilik AIR cemana leh takde AIR - nak buat konsep bilik air kering bilik air basah cam dapur kering dapur basah gamaknya - uh sungguh akal aku takleh terima). Napela dia buat cenggitu. Lebih menyedihkan lagi.. kebanyakan hotel memang cenggitu kekdahnya :-((((

Sungguhlah ignorance. Orang Islam ni perlu basuh bukan main calit-calit lap je. Kekadang aku rasa cam dok oversea lak bila ketemu bilik air tak muslim friendly nih (walaupun tak pernah jejak kaki ke negara 4 musim).

Aku memang cukup anti ngan hotel cenggitu. Tak kira la lima bintang ke enam bintang, bagi aku.. aku terus cop ni hotel t*ik bintang. Susah wehhh.. setiap kali nak pegi toilet kena bawak botol mineral kosong.

Lantai bilik air basah? Ah lantakla basah pun. Nama lagi bilik AIR kan. Lagipun kalau kering je, takde pulak keje cleaner tu. Sian dia, makan gaji buta lak nanti. Kalau dah tak bawak botol mineral, takkan aku nak istinjak pulak kot. Belum kategori darurat lagi rasanya.

Tapi dukacita dimaklumkan bahawa hari kejadian tersebut sangat tidak kondusif untuk aku membawa botol mineral kosong. Maka berbekalkan semangat juang yang jitu, aku meredah keluar hotel tu untuk ke shopping complex kat sebelah tu semata-mata untuk mencari bilik air yang ada AIR. Kejadian itu berlangsung selama 5 hari. Huhu. Haru.. sungguh haru..

Memang bagi sesetengah orang tu perkara kecik. Tapi bagi aku bilik AIR yang TAKDE AIR bukanlah perkara kecik. Kejap lagi nak sembahyang. Kalau tak bersih, memang tak sahlah sembahyang tu. Dahlah sembahyang yang ditunaikan pun belum tentu dapat markah penuh. Paling tidak mana-mana yang boleh tampung markah penuh tu aku cuba tampung (walaupun masih tak dapat markah penuh).

Aku bukan apa.. takut bila ingat cerita zaman Rasulullah satu ketika dulu. Cerita sahabat Rasulullah mendengar jasad yang disiksa di dalam kubur. Kerana apa? Hanya kerana masih ada sisa k*nc*ng tetapi ditunaikan jugak sembahyang. Wa iya'uzubillah. Mintak jauh daripada semua tu. Taharah ni bukan perkara enteng. Memberi impak yang besar kepada umat Islam..

Tak cukup ngan bilik air, surau yang disediakan hotel tu hanya memuatkan 3 orang sekali sembahyang. Hmm.. kalau dah rukuk pun leh terlanggar ngan orang belakang yang tengah menunggu turn, cemana tu? Dahlah sembahyang pun memang susah nak dapat markah penuh. Jangan negatif sudahlah. Huhu.

Tu tak termasuk lagi ada beberapa telekung wakaf yang tak tau berapa kurun tak basuh. Adehh..

Kata Mak..
pegi mana-mana mesti bawak telekung sendiri, tak kira keluar jalan ataupun pegi umah sedara mara. Telekung mesti sentiasa ada. Untuk tu mesti dedicate telekung umah, tempat keje, keta dan sebagainya. Cenggitula pesan Mak..

Maka hasil daripada situasi begitulah aku agak kurang gemar attending any event kat luar. Aku lebih rela event dibuat di opis. Begitu jua untuk bercuti bersama keluarga, banyak elemen yang perlu diambilkira..

Semoga Allah menguatkan iman kami. Semuanya takkan berlaku tanpa izinMu Ya Allah..

No comments: