"Sabda Rasulullah saw : Doa itu adalah ibadah."
(Riwayat Abu Daud dan Al-Tirmizi)
(Riwayat Abu Daud dan Al-Tirmizi)
=========================================================
Sedikit sebanyak hati ini tercuit juga.
22.11.00 atau 22 November 2000. Tarikh kami mengenali alam perkerjaan. Dia rakan serumah, sebilik tetapi bukan sekatil. Partition kami sebelah-menyebelah di pejabat di Petaling Jaya. Hari Jumaat di kala rehat sering kami ke Mid Valley sama-sama menghabiskan duit.
Beberapa bulan sebelum aku mendirikan rumahtangga, rakan serumah 8 orang berpecah. 6 daripadanya masih tinggal di Kelana Jaya dan kami berdua menginap di apartmen di Puchong.
Ketika aku tinggal di Puchong, kami berjiran. Sebelah rumah. Walaupun 11 bulan aku bercuti (2 bulan maternity leave, 9 bulan medical leave), tapi boleh dikatakan seminggu sekali di malam hari kami menghadiri mesyuarat pagar. Tiada kerusi, tiada meja, tiada kudapan, tiada minit mesyuarat. Mesyuarat mampu bertahan 3 jam. Terkadang aku pengerusi dia ahli, terkadang dia pengerusi dan aku ahli. Itu sahaja korum kami. Berdua. Berdua lebih baik kata Acha Septriasa.
Kami dinaikkan pangkat. Alhamdulillah rezeki dari Allah. Aku berpindah ke pejabat lain. Dia masih kekal di pejabat yang sama.
Kami dinaikkan pangkat lagi buat kali kedua. Alhamdulilllah rezeki yang Allah berikan mencurah-curah. Bezanya dia dinaikkan pangkat 2 bulan lebih awal daripadaku. Uh nampak gaya seniority kami sudah berbeza.
Kami dipertemukan kembali di pejabat yang sama. Tapi sangat jarang bersua muka. Dia di bangunan lain, aku di bangunan lain. Sehinggalah kami berpindah pejabat. Kalau suatu ketika dahulu partition kami sebelah-menyebelah kini bilik kami sebelah-menyebelah. Nama sahaja sebelah-menyebelah tetapi jarang punya masa untuk berjumpa. Bila masing-masing terpacak di pejabat barulah kami makan tengahari bersama. Cerita bermula, bercampur gelak ketawa.
Sukar untuk kami punya masa untuk berbual. Tetapi andaikata masa itu hadir, memang panjang kami berbual. Hikayat seribu satu malam. Masing-masing punya cerita untuk dikongsi yang tak sesuai untuk dikongsi dengan insan lain. Aku tahu, dia tahu. Itu sudah cukup. Berdua lebih baik kata Acha Septriasa.
Dan kini dia sudah mempunyai haluan lain. Begitulah lumrah kehidupan. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. 6 minggu akan meninggalkan pejabat. September akan terus meninggalkan pejabat untuk selama-lamanya.
Aku? Aku masih setia di sini. Entah bila akan mengikuti jejak langkah dia, Zam, Azwa dan Aliza. Sesekali stress datang tak hengat memang itulah yang berlegar di ruang mata dan hati. Tetapi sesekali ia pudar dari hati.
Memang hati terusik apabila melihat rakan-rakan meninggalkan kita. Maju ke depan. Lebih-lebih lagi rakan yang rapat dengan kita. Rakan yang dulunya bertarung dan berjuang bersama-sama tetapi kini punya haluan sendiri. Rakan yang mengenali kita dan kita mengenali dirinya. Tahu fe'el kita. Tahu kelemahan kita. Tahu kelebihan kita.
Semoga dalam tempoh 22 tahun perkhidmatanku dan 24 tahun perkhidmatanmu kita akan bersua lagi. Semoga tempoh 2 tahun aku sudah berehat di rumah dan dirimu masih berada di pejabat itu, janganlah pula tersalah bilik bermesyuarat. Heheh. Melawak sahaja.
Dan dalam tempoh 22 tahun itu aku mengetuai jabatan lain dan dirimu mengetuai jabatan lain. Mungkin kita akan bersua ketika mesyuarat. Jika pun kita terlalu sibuk, setidak-tidaknya kita dapat meluangkan masa untuk makan tengahari bersama di hotel-hotel terkemuka. Uh! Sudah menjadi Minah Jenin nampaknya. Jangan pula ketawa membaca jeninku ini.
Akhir kata, selamat maju jaya Suhaila. Semoga kejayaan menantimu di sana. Kudoakan dirimu berjaya mencapai cita-cita yang diidamkan. Semoga Allah merahmatimu.
3 comments:
I likeeeeeeeeeeeeeeeeeee...sedihpun ada ahaaaaaaaaaaaaakkkks
terharunya ada ucapan khas untukku ini..
jangan tak tau hari2 dok bayangkan bestnya kalau norul ada sama-sama di QA ini dan sama-sama kita pergi cari toilet, cari surau... mcam zaman-zaman ptk tu...
Insya Allah kita jumpa lagi harapnya ..mungkin di opis yang lain atau sama...dan dok sebelah bilik lagi...depan bilik tu ada bilik pa pulak haha...berangan tol... camner2 pun masih setia berjiran kan.
and boleh sama-sama tensen belajar gak... meh kita mintak pengalaman zam, aliza, azwa ..
noorz dear,
PhD tunggu i tau. err.. master pun tak lepas lagi berangan PhD. kehkehkeh.
su,
aku jua terharu dengan ingatanmu kepadaku. terus teringat symptom yang dialami tatkala event itu dan event di bawah pokok ketika menghantar assignment. kihkihkih.
moga kita bersua lagi nanti.
Post a Comment