"Bukanlah iman itu hanya dengan cita-cita tetapi iman itu ialah keyakinan yang tertanam di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan."
(Hadis Riwayat Ad-Dailami)
=========================================================
(Hadis Riwayat Ad-Dailami)
=========================================================
Punca kuasa:
Tuntutan bekerja terlalu mendesak.
Implikasi:
Fizikal letih.
Mental penat.
Suara ala-ala Ella wannabe (takde gaya Ella dah kalau kena guna bahasa isyarat).
Impak:
Masa yang kurang berkualiti bersama Maha Pencipta.
Masa dan belaian kurang berkualiti buat anak-anak.
Temujanji-temujanji anak dengan doktor terlepas.
Ralat:
Lupa nak return call Siti.
Tak sempat melawat kelahiran insan baru (dah nak naik keje dah pun).
Tak sempat melawat suami pegawai di bawah seliaan selepas accident.
Terpaksa menolak beberapa aktiviti meronggeng bersama sahabat-sahabat lama di hari Jumaat. Uwaaaa!!
Tak sempat nak melawat seorang lagi pegawai di bawah seliaan yang baru melahirkan cahayamata sulung.
Lupa nak return call Puan Muni.
Tak sempat melawat suami Ina yang kurang sihat.
Lupa nak bagi keropok Ina. Dah hampir 2 minggu dalam keta.
Tak sempat lagi nak reply emel Saba.
Baru perasan ada beberapa sms yang masih belum dibalas dalam tempoh 2 minggu. Haru.. haru..
Lupa nak charge henpon yang membawa kepada pencarian diriku di kala suasana tengah hectic. Huh!
Ya Allah.. banyak lagi impak dan ralat tapi tak tersenarai. Punya banyak reminder kat tipon aku tuh. Dahla koro, jangan jammed sudahlah.
Mungkin ini harga pada RM yang diterima di setiap hujung bulan walaupun jumlahnya bukanlah banyak mana. Syukur pada Allah masa yang diberikan dapat dioptimakan sebaiknya.
Cuma.. aku perlukan rehat. Bercuti di kampung lagi buleh?
2 comments:
dasat sgoh bekerja dgn kerajaan Msia nih kan knrl... :P
hahah. memang dasat ;-)
Post a Comment