"Tidak akan memasuki syurga sesiapa yang di dalam hatinya terdapat sebesar zarah (sedikit) sifat takbur."
(Riwayat Muslim)
(Riwayat Muslim)
=========================================================
Sebagai seorang peminat drama Melayu yang membawa bersama pengertian dan teladan, hatiku terusik pabila menonton Ampunkan Daku slot Cerekarama tadi. Mesej diterima dengan baik.
Boleh dikatakan dah 3 drama arahan Jinggo yang dilakonkan Sheila Rusly aku suka. Suka yang dimaksudkan ialah, terkesan di hati sanubariku. Yang pertama dulu cerita dia sebagai banduan bersama Sofea Jane. Dah lupa tajuknya. Yang kedua Taubat Nasuha yang tercalon untuk Anugerah Skrin 2010. Yang ni really touched. Dan Ampunkan Daku kejap tadi turut memberi impak kepada aku yang sudah bergelar ibu.
Bercerita tentang kehidupan yang cukup mencabar di zaman yang semuanya mengejar kepada sesuatu yang tanpa mengambilkira dosa dan pahala sekaligus terlepas pandang kepada perkara yang lebih utama dan patut dikejar.
Punya anak yang tinggi kuantiti memang enteng. Tetapi punya anak yang menjamin kualiti sangat tidak enteng. Bahasa mudahnya, "Beranak boleh, bagi makan tu pun boleh lagi tapi nak bagi jadi orang belum tentu". Subhanallah..
Bukan mudah untuk mendidik anak menjadi soleh/solehah. Baik perempuan mahupun lelaki. Kedua-duanya berbeza dan masing-masing punya teknik berbeza untuk dididik. Kata orang berpengalaman, mendidik anak seperti bermain layang-layang. Biarkan ia bebas terbang di ruang udara ciptaan Allah tetapi tariklah talinya apabila dilihat sudah menjangkaui sepatutnya.
Bercakap memang mudah. Praktisnya belum tentu. Tetapi asasnya jelas dan nyata, iaitu mengikuti suruhan Allah dan meninggalkan yang dilarang. Cukup. Merangkumi kehidupan yang sempurna. Tapi mampukah untuk dilakukan oleh makhluk yang bernama manusia yang hatinya hubbun dunia?
Terlalu banyak kisah-kisah yang aku dengar dan hasil kongsian rakan-rakan yang punya anak remaja. Memang takut mendengarnya. Anak yang dilahirkan tapak kaki sebesar 2 jari, dijaga bak menatang minyak yang penuh, dibelai dengan penuh kasih sayang, bersekang mata hanya kerana anak, sanggup bergadai nyawa untuk anak yang nilainya melebihi nilai diri sendiri,.. tapi semaian itu belum tentu membuahkan hasil yang lumayan.
Ya Allah.. aku bermohon kepadaMu.. Engkau teguhkanlah dan kuatkanlah iman-iman kami. Tingkatkanlah iman kami. Berikanlah hidayah kepada kami. Janganlah Engkau pesongkan hati-hati kami setelah Engkau memberi petunjuk kepada kami.
Peliharalah kami setiap masa Ya Allah. Lindungilah kami daripada sebarang kemungkaran dan kemaksiatan. Sayangilah kami Ya Allah.. sayangilah kami. Tidak kami menagih kasih daripada insan, tidak kami merintih memohon redha dan rahmat melainkanMu Ya Allah.
Ya Allah.. jangan sesekali Engkau menjauhkan kami dariMu. Tiada yang lebih mahal dan berharga buat diriku melainkan disayangi olehMu. Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang dan kasih sayangMu itu mengatasi kasih sayang sesama manusia.
Kami sungguh takut untuk meniti Titian SiratMu Ya Allah, sungguh gentar mendengarkan catatan amalan kami dibaca di hadapanMu Ya Allah.
Sesungguhnya rahmatMu terlalu luas, terlalu luas. Tapi kami terlalu dangkal tidak bersyukur ke atas setiap rahmatMu. Bagaimana harus kami berhadapan denganMu Ya Allah..
Sesungguhnya terlalu banyak dosa hambaMu ini. Engkau ampunilah dosa-dosa kami Ya Allah. Golongkanlah kami di kalangan penghuni jannahMu Ya Allah. Hanya itu yang kuimpikan. Hanya itu Ya Allah..
Subhanallah aku mencintaiNya
Subhanallah aku menyayangiNya
Dari ufuk timur hingga ke barat
Selalu di hatiku..
Subhanallah aku menyayangiNya
Dari ufuk timur hingga ke barat
Selalu di hatiku..
No comments:
Post a Comment