Monday, February 14, 2011

WOW

"Paling dekat hamba dengan Tuhannya adalah ketika sujud, maka banyakkan doa ketika sujud."

(Hadis riwayat Muslim)

=========================================================

Semalam kami ke Karnival WOW. Aku suka bawak anak-anak ke tempat-tempat yang boleh buat depa dapat 'sesuatu'.

Lepas pekena nasi lemak kat umah, kami bertolak ke Putrajaya. Perut mesti kenyang. Nak jalan nih.

Hajat utama sebenarnya nak hiburkan anak-anak dengan Upin Ipin. Tapi Si Upin Ipin ni bangun lambat. Tengahari kami nak balik tu pun tak sampai lagi. Make sure jangan biarkan anak berpanas. So tengahari pastikan kaki dah melangkah keluar dari karnival tu. Heheh.

Sampai di tapak karnival je terus nampak belon udara panas. Wah.. ni menarik. Bila lagi nak naik. Inilah masanya sementelah orang pun tak ramai, queue pun tak panjang.

Terusla aku beli tiket untuk 4 orang. Dia tak bagi naik 4 orang sekaligus. So adatnya Abang Naim akan naik dengan Mama. Sebenarnya aku nak semai dalam diri Naim bahawa anak lelaki perlu menjaga ibu kerana syurganya di bawah tapak kaki ibu. Walaupun dia masih kecik, dan aku yang menjaganya sekarang tapi bila disemai dari kecik, semoga Allah menyemai perasaan tu padanya hingga ke akhir hayatnya. Suka, suka jugak tapi mesej perlu ada. Itu harapan aku. Semoga Allah merahmati kami semua.


Anak perempuan? Syurganya di bawah tapak kaki suami. Antara anak perempuan dan ibu, akan ada pendekatan lain..


Trip
pertama aku naik dengan Naim. Trip kedua Naim nak naik lagi. So mereka naik bertiga ;-)


Ayah, Abang dan Adik

Pastu nampak lak kuda. Anak-anak aku ni pantang nampak kuda, pasti nak naik. Aku bagi kebebasan kat anak-anak part tu. Aku suka anak-anak aku naik kuda sebab Rasulullah menggalakkan sukan berkuda.

Aku setuju ngan Saba, galakkan anak-anak swimming, berkuda, memanah dan bermain pedang. Semua tu sukan yang digalakkan Rasulullah. Tapi disebabkan Naim asthma, tak dapat nak swimming. InsyaAllah kalau anak sulung aku dah sihat aku cuba hantar ke kelas swimming. Aku taknak hantar Naim sorang je. Kenapa? Alasan dia ada kat bawah nanti ;-)


Suka betol

Si kecik ni memang sah seronok

Camtu jugak kelas berkuda. Aku teringin nak hantar dua beradik ni masuk sukan berkuda tapi Kelab Ekuestrian Putrajaya ni terima umur 7 tahun ke atas. Kena tunggu Najwa masuk darjah 1 dulu. Kenapa aku tak hantar salah sorang? Kenapa mesti berdua?

Sebab.. aku nak semaikan dalam diri Naim bahawa dia ada adik yang perlu dijaga dan dilindungi. Dan sebagai seorang abang dia perlu ada tanggungjawab tersebut. Memang dia masih kecik kalau nak dibandingkan dengan tanggungjawab yang diberikan. Tapi aku tetap rasa sifat tu perlu ada pada seorang abang. Lebih-lebih lagi anak sulung. Abang perlu menjaga adik, adik perlu menghormati abang dan jangan melawan kata-kata abang, abang jangan ambik kesempatan ke atas kepatuhan adik terhadap abang. Itu antara ajaran yang disemaikan oleh arwah Ayah kepada kami adik-beradik.

Dan aku selalu berpesan pada Naim, Naim kena jaga adik baik-baik. Dia adik Naim. Dia bergantung dengan Naim kalau Ayah dan Mama takde. Takde tu bukan sahaja takde untuk selama-lamanya malah kalau takde bersama mereka berdua. So far Naim paham dan Naim dah buktikan dia mampu.
Alhamdulillah. Alhamdulillah syukur pada Allah..

Asal ada je ruangan mewarna, pasti 3 beranak ni joint. Mama selalu tak joint sebab Mama sangat tidak suka melukis mahupun mewarna ;-) - yang kanan bawah tu lukisan orang lain.


Kalau dah namanya kanak-kanak.. ;-)

Kesimpulannya, aku hepi sebab anak-anak hepi. Semoga kenangan-kenangan begini terpahat di hati anak-anak aku sepertimana kenangan aku ketika kecik bersama arwah Ayah dan Mak yang sentiasa segar dalam ingatan aku, tak pernah padam.. hingga ke hujung nyawa aku.. dan aku sering merindui detik-detik itu..

2 comments:

Munajah Cinta said...

hehe..awatnyer mama x join mewarna??? bila lagik nak tonjolkan hasil kerjatgn mama kat anak2...hehehe...

cahaya petunjuk said...

mama takut kisah 'melukis gajah' berulang kembali. hahah.