"Hati kamu adalah seumpama cermin yang berkilat. Kamu mesti membersihkannya daripada debu dan kekotoran yang menutupinya. Cermin hati kamu itu telah ditakdirkan untuk memancarkan cahaya rahsia-rahsia Ilahi."
(Imam Al-Ghazali)
8 Februari datang lagi..
Selamat menyambut hari lahir yang kelima buat Najwa Mama. Terima kasih my dear Eena di atas ucapan hari lahir buat Najwa. Doaku buat Luqman Hanif, Addini Syafiqah dan Damia Syafiqah jua begitu. Semoga Allah merahmati kita semua..
Najwa.. Bisikan Rahsia Mama dah besar. Tiada lain di hati Mama. Hanya mengharapkan Najwa menjadi anak yang solehah, yang dapat mendoakan Mama bila Mama dah takde nanti. Najwa permata hati Mama.
Najwa.. Bisikan Rahsia Mama dah besar. Tiada lain di hati Mama. Hanya mengharapkan Najwa menjadi anak yang solehah, yang dapat mendoakan Mama bila Mama dah takde nanti. Najwa permata hati Mama.
Semoga Najwa menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Semoga Allah memelihara sayang Mama daripada fitnah dunia. Semoga Allah sentiasa melindungi Najwa Mama sehingga akhir hayat Najwa. Mama tau Allah sentiasa menyayangi dan menjaga serta melindungi Najwa.
*Saba.. celebrate kat kedai buku je tadi, cari buku skolah untuk Naim & Najwa. Esok pepagi plan nak pegi Karnival Wow. Boleh kanak-kanak ni tengok Upin Ipin ;-)
*Saba.. celebrate kat kedai buku je tadi, cari buku skolah untuk Naim & Najwa. Esok pepagi plan nak pegi Karnival Wow. Boleh kanak-kanak ni tengok Upin Ipin ;-)
Dan dengan genapnya Najwa berumur 5 tahun, maka angka itu jualah menggambarkan tempoh aku masih diizinkan Allah menghirup udara percuma dariNya setelah bergelut dengan ujian dariNya.
Tak pernah aku merasa kesal dengan ujian itu kerana ujian itulah yang merapatkan aku denganMu Ya Allah. Sesungguhnya Engkau sangat menyayangi aku. Hiba sangat rasanya mengenangkan kasih sayangMu Ya Allah.
Ya Allah, Engkau peliharalah diriku Ya Allah. Tiada lagi tempat untuk aku bergantung melainkan diriMu yang kekal, abadi. Kutahu aku sangat hina disisiMu namun hatiku ini sangat rindu untuk bertemu denganMu Ya Allah. Sungguhpun begitu aku amat takut kepadaMu kerana kutahu amalanku tak seberapa untuk dipersembahkan kepadaMu. Siapalah aku di sisiMu. Tapi janganlah Engkau pinggirkan aku dariMu Ya Allah..
No comments:
Post a Comment