Wednesday, January 05, 2011

C . I . N . T . A

"Orang yang takut kepada Allah Yang Amat Pemurah dalam keadaan tersembunyi dan mengadap (Allah) dengan hati yang tunduk dan taat."

(Qaf : 33)

==========================================================================================

Tajuk ni tiada kaitan dengan lagu C.I.N.T.A - XPDC yang top di tahun 1990 dulu.

Satu kalimah, 5 huruf tapi memberi seribu makna.


2 hari lepas Ayah monitor Naim naik van. Mama monitor adik kat sekolah ngan naik van. Tapi lebih kepada naik van. Sekolah tada hal punya. Tadi pun cikgu siap cakap Najwa ni macam cikgu, budak matang. Heheh.

Hari ni di kejauhan aku menjalankan lagi misi menjadi 'Jamilah Bond'. Tapi kali ni task tak sehebat tahun lepas. Sambil menunggu aku bersembang-sembang dengan Kak Ros (kakak bawak van Naim balik sekolah - bukan Kak Ros Upin Ipin). Bila nampak je Naim, tugas dimulakan. Begitu juga dengan Kak Ros. Tapi Kak Ros tidak membawa watak Ros Bond sebab Kak Ros tidak perlu menyembunyikan diri sebaliknya perlu menunjukkan diri agar dilihat oleh anak-anak vannya.

Aku nampak Kak Ros bawak Naim ke van. Naim melangkah masuk.

Entah kenapa hati aku sayu bila tengok Naim naik van. Mata mula berkaca tapi tak dapat dilihat dek kerana kehadiran spek hitam yang menutupi mataku di panas matahari terik tengahari ini.

Aku menuju ke van Naim. Sambil mengangkat ibu jari tanda bagus, "Mama jumpa Naim kat umah ye. Assalamualaikum sayang", itu je yang keluar dari mulutku.

Dalam keta menuju ke rumah aku fikiran aku menerawang jauh diiringi hujan rintik-rintik di cuaca panas ini..

"Mak bapak yang manja sebenarnya, anak steady jer..", kata salah sorang senior officer yang bakal menerima menantu - mungkin ada benar kata-katanya.

Andai aku mampu menjana wang sendiri, tidak aku menjadi wanita berkerjaya. Dulu memang aku suka bekerja. Tapi semenjak punya anak, hati aku dah berubah.

Tapi tak mungkin aku berhenti kerja. Itu bukan keputusan yang terbaik untuk aku. Itu keputusan spontan yang tak rasional. Apa akan jadi andai berlaku yang tidak baik kepada aku atau suami? Mana mungkin wang turun dari langit?

Bukan mendoakan tetapi sebagai langkah berjaga-jaga. Kita tidak mampu menjangka masa depan. Pelan A dan pelan B perlu sentiasa ada.

"Ah.. orang lain tu lebih lagi. Anak darjah 1 dah naik bas sekolah. Pukul 6.30 pagi dah keluar. Syukurlah Naim cuma naik van balik ke rumah je", kupujuk hati sendiri.

Tapi sesentimental aku, sentimental lagi Ayah. Maklum sahajalah.. Ayah yang hantar Naim, Ayah yang jemput Naim dari sekolah sepanjang tahun lepas. Tugas aku portion tu cuma boleh dikira dengan jari.

Ayah masih terbayang-bayang berbual dengan Naim dalam kereta, temankan Naim berhenti kat Kelab Komuniti sebab nak terk*nc*ng (Naim ni geli nak masuk toilet sekolah)..

Alhamdulillah suami aku memang hebat dalam melayan kanak-kanak. Alhamdulillah dikurniakan suami begitu (takleh puji lebih-lebih. sikit je cukup. heheh).

Itu baru kasih sayang sesama insan. Cinta ayah kepada seorang anak. Cinta ibu kepada seorang anak. Belum lagi cinta Rasulullah kepada umatnya. Belum pun lagi cinta Allah kepada hambaNya. Subhanallah.. agungnya cintaMu Ya Allah!


Inilah pengorbanan dan perjuangan yang perlu aku tempuhi dan teruskan selagi bernafas di dunia ini. Kupohon kepadaMu.. lindungilah anak-anakku Ya Allah.. selamatkanlah mereka Ya Allah.. bahagiakanlah mereka di dunia dan di akhirat Ya Allah.. jadikanlah mereka insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Kuyakin janjiMu. Kuyakin denganMu Ya Allah. Syurga yang penuh dengan kesenangan dan kemewahan menanti para hambaMu satu hari nanti.

No comments: