"Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan yang mungkar dan (ingatlah) Allah jualah kesudahan segala urusan."
(Al-Hajj : 41)
(Al-Hajj : 41)
==========================================================================================
Aku suka nasi ayam penyet. Menu ni diperkenalkan oleh insan yang sentiasa bertakhta di hati aku. Sape lagi kalau bukan husband aku. Heheh.
First time aku makan kat kampus MMU. Wallah.. memang sangat sedappppppp!!! Sebab sambal dia memang kawwww punya pedas. Aku ni memang into ngan makanan pedas pedas nih.
Tapi lepas pakcik nasi ayam penyet tu tutup kedai dia, aku dah takde can lagi nak merasa ayam penyet. Huhu. Bukan takde restoren ayam penyet lain, ada tapi cam biasala aku nih. Status kehalalan perlu jelas. Mana-mana yang dah diharamkan Kerajaan Selangor cam dalam paper Kosmo! bertarikh 6 Mac 2010 tu sume aku takkan jejak. Memang berjihad betul rasanya. Jihad bilamana mulut kata nak tapi hati kata jangannn! Ya Allah.. Allah sahaja yang tau..
Tapi lepas Hani introduce Wong Solo kat Bangi, aku pun lepaskanlah keinginanku yang selama ini terpendam. Nama cam pelik tapi ok. Siap ada surau lagi dalam tu.
Alhamdulillah sedap. Yet still takleh lawan ayam penyet MMU Tapi at least aku dah tau mana nak cari ayam penyet pasni ;-)
No comments:
Post a Comment