"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran."
(Al-Baqarah : 186)
========================================================================================== (Al-Baqarah : 186)
Jumaat lepas kami ke Melaka. Apa lagi kalau bukan mendapatkan pembantu rumah.
Kali ni berusia 36 tahun. Paras rupa? Biasa-biasa aja sehh. Jauh sekali rupa Kris Dayanti. Itu lebih baik. Jangan dicari in yang cantik-cantik. Bikin susah majikan di masa hadapan. Udah berkahwin, punya 2 anak, sulungnya umur 13 tahun dan bongsunya berusia 7 tahun. Anak yang ke 3 daripada 7 saudara. Bapanya udah kematian. Ibunya masih hidup memelihara 4 cucu. Suaminya kerja tani. Berasal dari Kabupaten Cilacap, Jawa Tengah. Waduh.. kok aku pun udah bisa ngomong indon. Pasti bisa bikin lagu. Pasti nyaman bangettt. Bisa diganti in sama itu Rossa. Hahah.
Gitulah kalo dah bibik pun yang kelapan. Tapi aku tak pernah cakap Indon. Sori ye. Sini Malaysia. Apa pulak aku yang kena cakap Indon. Takde bahasa Indon mahupun cerita Indon dalam umah aku nih. Dia la yang kena belajar bahasa kita. Bahasa jiwa bangsa, tak gitu?
Hari ni hari keempat dia kat umah aku. Cam bibik-bibik sebelum ni, kelas TOT dah bermula. Ajar masak dan macam-macam. So far aku nengok dia ok cuma tang masakla fail. Pernah aku tanya, tak pernah masak ikan/ayam/daging ke. Dia dah mula nak nangis. Katanya kat sana cuma masak kangkung. Pilu hati bila aku tanya gitu gamaknya dek kerana terlalu susah hidupnya. Haihhh.. ntah ye ntah tidak. Lantakla. Hati aku ni memang dah kering. Yang penting keje ngan aku kena blajar masak sebab nanti memang kena masak.
Dia jugak dah selesai aku samak. Kata abang aku, cam mandi bunga lak datang Malaysia tapi ditukar ngan mandi selut. Heheh. Apa nak buat. Sape soh keje ngan cina mengendalikan 'benda haram' tu..
Satu kesukaran ialah dia tak bape nak paham aku cakap, aku pun tak bape nak paham dia cakap. Cemana tu? Tapi belum lagi jadi ayam dan itik cam maid Kemboja. Tapi itu ialah cabaran yang perlu aku tempuhi.
Takpela, yang penting aku dah ada maid. Dapat tengokkan anak-anak aku masa aku kat opis. Memang aku tawakkal je pada Allah. Allah tempat bergantung. Nak ikutkan, komuniti kejiranan ni memang tak berapa memberansangkan untuk mempunyai bibik tapi aku takde pilihan.
Minggu ni aku cuti. Next week mak mertua aku datang. Apa-apa pun, syukur pada Allah, aku dapat maid sebelum sekolah mula. Kalau tak, tak dapat nak bayangkan betapa kelam kabutnya aku dan suami.
Doa aku semoga inilah bibik yang terbaik untuk aku. Aku dah letih sebenarnya. Bila bercakap pasal bibik, orang mesti kata tabik kat aku sebab boleh lagi bertahan dengan karenah bibik. Aku takde jawapan untuk itu. Aku takde pilihan. Sebab itulah hingga saat ini aku memilih bibik. Aku tak suka dia, tapi aku perlukan dia.
Ya Allah.. Engkau permudahkanlah jalan hidup kami. Berilah yang terbaik untuk kami. Peliharalah anak-anak kami dari sebarang perkara yang tidak baik. Tiada tempat lagi untuk aku mengadu dan bermohon selainMu Ya Allah. Dan aku tahu, Engkau mengetahui setiap apa yang ada di dalam hati kecilku..
3 comments:
amin.insya'allah. moga bibik dapat membantu dan meringankan beban ibu berkerjaya ni sebaik2nya. waduhh...gue pon mahu mengambil bibik jugak...tetapi trauma dengan bibik pertama dulu...
bukankah selalu ko katakan..pertolongan ALLAH pasti ada..semoga bibik the latest one ni akan jd the last one..:-)
munajah cinta,
kok bisa dibiarkan dulu pengambilan bibik untuk seketika. diambil in sekarang bibik kepalamu pusing. udah bersedia nanti bisa kamu punya bibik ya!
aineena,
betul. pertolongan Allah sentiasa ada. hanya Dia tempat kita meminta pertolongan..
Post a Comment