Tuesday, November 09, 2010

tinggal dan meninggalkan

~ Jadilah kamu seorang yang tersenyum dan bukannya orang yang tertawa ~

==========================================================================================

Jumaat - MC

Isnin + Selasa - EL
Balance cuti sampai hujung tahun = 9 hari.

Selama ni aku selalu dok terasa nak balik tapi dek kerana cuti yang sangat terhad, aku kuburkan je niat tu. Until Kak Long call bagitau Mak tak sihat. Kata Kak Long, mati tak mengenal usia tapi keadaan Mak tu membuatkan kita kena sentiasa bersedia untuk menghadapi situasi camtu. Sebagai seorang anak, aku mesti balik. Time aku sakit Mak cepat-cepat datang jenguk aku. Takkan bila Mak tak sihat aku masih di sini. Anak apakah itu?

Pagi Jumaat kami bertolak. Anak-anak of course sangat hepi. Sangat suka bila kata nak balik Terengganu.

Sampai kat umah Mak sambut aku kat pintu, hiba jugak aku sebenarnya. Mak demam. Badan Mak panas tapi usaha jugak nak nengok aku.

Kata Mi, sebelum tu dah bawak Mak ke emergency HSNZ KT. Aku nengok ada syrup magnesium trisilicate. Mak gastrik ke? Kata doktor, Mak gastrik.

Tapi lepas Kak Long diagnosed, Mak bukan gastrik. My mother is diagnosed as Hyperosmolar Nonketotic due to diabetes mellitus. Panjang jugak nama tu. Bahasa mudahnya demam yang disebabkan oleh kadar gula yang tinggi dalam badan. Walaupun Mak on insulin tapi still gula tu tinggi, lebih kurang 16mol.

Ni aku nak marah young doctors ni. Doktor-doktor muda ni tak ruleout dulu sakit pastu terus nak jump to conclusion. Tak ke bahaya tu?

She needs close monitoring and proper care. Tapi penjagaan anak kepada seorang ibu tak sama dengan penjagaan ibu kepada seorang anak kan? Aku cuba buat yang terbaik hanya untuk Mak. Moga Allah mengampuni aku di atas segala kelalaian aku.

Bila nampak Mak dah ok sikit, aku pulak yang perlu balik.. tak lain dan tak bukan, mencari rezeki. Rezekiku bukan di situ. Sedih rasanya masa nak balik sini. Lama aku pegang mak, cium Mak. Macam-macam perasaan ada dalam hati. Macam-macam yang terlintas di fikiranku. Rasa nak nangis tapi aku sekang airmata daripada jatuh.

Mak.. walaupun anak Mak ni tak berada di samping Mak, walaupun anak Mak ni tak dapat buat yang terbaik untuk Mak.. tapi doa untuk Mak tak pernah putus setiap detik, setiap saat. Moga Mak sentiasa berada di dalam rahmat dan keredhaan dariNya..


Takut sebenarnya. Takut apa-apa jadi kat Mak. Tapi walau apa-apa pun, kita semua akan menemuiNya kan. Dan yang tinggal perlu redha dengan setiap pemergian kerana yang tinggal juga akan meninggalkan..

1 comment:

Anonymous said...

sentiasalah kita usaha yang terbaik untuk ibu kita selagi masih ada peluang.

moga Mak Norul diberi kesihatan yang baik untuk mempertingkatkan lagi amal ibadat kepadaNya.

~eena