Wednesday, November 03, 2010

wangian syurga

"Tuhanmu memerintahkan kamu supaya jangan menyembah selainNya dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu dan bapamu dengan sebaik-baiknya."

(Al-Isra' : 23)

==========================================================================================

Sebagai seorang ibu berkerjaya tanpa pembantu rumah, aku cuba lakukan yang terbaik buat anak-anak. Biarpun masa sangat mencemburui ditambah pula kepenatan bekerja agak kurang mendorong untuk bergiat cergas serta aktif, tapi perkara wajib untuk anak-anak perlu aku lunaskan.
Dan alhamdulillah, kekuatan tu hanya dariNya.

Aku dikurniakan anak-anak yang sangat baik. Mendengar kata, mengikut arahan dan sangat memahami. Terkadang hiba jua hati kecilku. Hiba dengan keEsaan Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penyayang. Dan aku tau Allah sayangkan aku.


Rutin harian lebih lancar dengan sifat dan sikap suamiku. Kerja rumah dialah yang membantu.
Satu ketika dulu.. sebelum aku mendirikan rumahtangga kerap aku berdoa supaya dikurniakan seorang suami yang dapat membimbing dan punya sifat seperti arwah Ayah.

Aku sangat kagum dengan arwah Ayah. Tegas dan sangat penyayang. Kalau pasal kerja rumah tak menjadi masalah pada arwah untuk buat. Semua dilakukan bersama-sama. Keje dapur, jemur kain.. semua ditanggung beres. Belum lagi kerja-kerja luar yang kasar. Kena sentiasa tolong Mak. Gembirakan Mak. Syurga tu di bawah tapak kaki Mak. Itu pesan arwah Ayah yang mahu diterapkan ke dalam jiwa anak-anaknya.

Mulutnya sentiasa tersenyum. Tak pernah merasakan kerja-kerja tersebut sebagai bebanan. Tak pernah merasakan hanya kaum perempuan yang melakukan kerja begitu. Bercucuk tanam dan sebaginya. Belum jugak lagi kerja arwah sebagai kontraktor.

Dengan anak-anak? Kami sangat seronok bersama arwah. Dibelai dengan penuh kasih sayang. Setiap impian anak-anak dipenuhi. Jika tidak wajar untuk dipenuhi akan disalurkan dengan cara yang membuatkan kami akur dengan keputusan tersebut.

Kalau aku rebah, Ayah bukan sahaja mengangkat malah mendukung seolah-olah supaya aku berjaya menggapai langit. Tapi sudah tertentu langit tidak dapat digapai. Sebab kita hanya manusia yang sangat terbatas kemampuannya nak, kata Ayah. Kerana itu jangan sesekali lupa diri. Jangan lupa asal usul kita. Hidup dan mati kita hanya kerana Allah. Itu pesan arwah Ayah.

Pengetahuan agama dan didikan agama? Mantap!

Kalau nak cerita pasal Ayah, memang takkan habis. Takkan habis dan tak pernah habis. Hanya kenangan bersama Ayah tetap abadi bersamaku.

Alhamdulillah.. Allah mengabulkan doa aku. Cukuplah aku katakan, aku bersyukur punya suami seperti yang aku ada sekarang.

Kami suami isteri tahu tugas masing-masing. Aku sebagai ibu perlu memainkan peranan yang terbaik agar masa yang berkualiti dikecapi dengan anak-anak.

Masa bersama anak-anak terlalu singkat. Paling lambat pukul 10 malam anak-anak perlu masuk tidur. Aku perlu utilize masa bersama anak-anak. Masa yang singkat itulah penerapan nila-nilai murni perlu diberikan kepada anak-anak.

Penerapan kepada mengenal Allah, mengenal Rasul, perkara baik dan perkara buruk.. walaupun telah terkandung di dalam sukatan pembelajaran di sekolah, tapi sebagai ibu aku tak boleh mengharapkan sekolah 100%. Ikutan anak-anak adalah daripada ibubapanya kan..

Hadiah daripada Tok untuk cucu-cucunya. Dah lunyai sebab Naim bawak pegi sekolah. Baca sebelum kelas mula.


Hadiah daripada Tok jugak. Ni buku yang aku baca kat anak-anak sebelum tido.

Setiap malam akan aku bacakan kisah nabi atau kisah-kisah teladan untuk anak-anak. Sesekali berselang dengan Help Me Be Good - Grolier. Memang perlukan kekuatan, kesabaran dan pengorbanan. Tapi aku gagahkan jugak walaupun hanya 5 mukasurat semalaman. Alhamdulillah. Anak-anak aku memang cenderung ke arah yang lebih baik. Dan Naim aku memang suka membaca. Kalau keluar jalan-jalan hujung minggu, pasti tak tinggal buku. Paling tidak Picture Dictionary. Alhamdulillah. Syukur pada Allah.

Selesai membaca akan aku bacakan ayat-ayat Allah dan tiup pada ubun-ubun anak-anak. Alhamdulillah jua.. anak-anak aku seperti yang aku impikan.

Tapi perjalanan mereka masih jauh jika nak dinilai sekarang. Apa yang aku pohon.. Allah memelihara anak-anakku daripada sebarang fitnah dunia. Jadikanlah anak-anakku insan yang soleh dan solehah, berguna kepada agama, bangsa dan negara. InsyaAllah..

No comments: