"...barangsiapa yang menjaga dirinya daripada perkara-perkara syubhah sesungguhnya ia bersih dalam agamanya dan kehormatannya, dan barangsiapa terlibat dengan syubhah nescaya terlibatlah ia dalam melakukan perkara-perkara haram..."
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
=========================================================================================
Apabila jawatan semakin tinggi, persaingan dengan rakan seperjawatan semakin hebat. Persaingan sihat, mahupun persaingan tidak sihat. Betullah kata bijak pandai, hidup perlu bijak mengambil peluang. Peluang sebagaimana? Tepuk dada, tanyalah iman.
Tetapi jika peribadi tidak pandai atau tidak berminat atau tidak punya kemahiran untuk mengipas manusia yang lebih tinggi jawatannya, bukan sahaja mengipas, malah aircond dengan berapa kuasa kuda pun tidak dapat dipastikan, sudah tentu tidak dapat memenangi hati manusia tersebut.
Biarkanlah. Yang penting, nawaitu perlu jitu.. Lillahi Taala. Rezeki di tangan Allah, jauh sekali untuk ditentukan oleh manusia.
No comments:
Post a Comment