"...Ingatlah bahawa dalam tiap-tiap badan itu ada segumpal daging, apabila ia baik, baiklah seluruhnya tetapi apabila ia rosak, rosaklah badan seluruhnya. Itulah HATI."
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
=========================================================================================
Bila dengar lagu raya, teringat hari raya zaman kanak-kanak dulu.
Tiap-tiap tahun Ayah akan mengimami sembahyang raya kat Masjid Batu Burok. Dah selesai sembahyang barulah kami bertolak balik ke Besut.
Apa ada di Besut? Ntah.. yang aku tau cuma umah nenek sebelah Mak kat Kampong Raja. Now known as Kota Putera. Dan umah mak bapak sedara sebelah Ayah. Ayah anak yatim piatu. Aku hanya ada nenek sebelah Mak je.
Apalah yang kanak-kanak tau bila sambut raya melainkan bersukaria, main mercun, makanan yang banyak, duit raya (tu pun tak pandai nak appreciate duit raya).. tak tau langsung nak menghayati Syawal apatah lagi Ramadhan yang telah berlalu pergi.
Lepas Ayah meninggalkan kami pada tahu 1993, Besut bukan lagi tempat kami menyambut Hari Raya. Hari Raya disambut di rumah sendiri. Nenek aku pulak yang datang ke KT. Rumah di KT dah tersergam indah disediakan oleh salah seorang anaknya.
Lepas Ayah meninggalkan kami juga raya tidak lagi seseronok sebelumnya. Dan makin dewasa, kehangatan berhari raya semakin lama semakin menurun. Pemergian Ramadhan sangat dirasai. Cukup dirasai. Bimbang kalau-kalau tidak dapat ketemu Ramadhan lagi.
Tapi Hari Raya perlu disambut. Anak-anak perlukan semua itu. Sepertimana aku perlukannya 30 tahun yang lampau (tua dah aku rupanya..).
Cuma sambutan raya untuk anak-anak pada aku cukuplah dengan ala kadar sepertimana aku menyambutnya sedari kecik. Baju raya tak pernah melebihi daripada sepasang. Kata Ayah, tak sambut raya pun baju boleh dibeli. Tak perlu menunggu hari raya untuk beli baju. Cuma sepasang tu kenalah ada. Sambutan jangan dibuat dengan berlebihan. Cuba lihat kepada yang tiada. Sedih kalau mereka nengok kemewahan yang kita kecapi. Hidup perlu wasatiah. Jangan membazir. Gunakan duit itu ke jalan yang lebih baik.
Dan.. tahun ini.. hari ini.. jam ini.. raya sememangnya dah tak dirasai oleh aku, bertambahlah tak dirasai. Tahun ni aku tak balik Terengganu. Beraya kat sini. Walaupun dah pernah aku tak balik raya tapi lain macam betul rasanya kali ni. I tak biasala beraya di kota metropolitan nih.. takde lak aktiviti membakar tempurung di malam raya. Takde nasi dagang best. Takde feel raya. Uwaaa!!! Tak heaven langsung beraya kat sini!!!
Dan yang paling buat rasa tak best ialah.. dah lama aku tak ziarah pusara Ayah..
No comments:
Post a Comment