Friday, September 03, 2010

andai itu..

"Umpama orang yang berinfak (berbelanja) pada jalan Allah adalah sama seperti satu biji benih yang tumbuh tujuh tangkai pada setiap tangkai itu terdapat seratus biji dan Allah menggandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya."

(Al-Baqarah : 261)

=========================================================================================

Sepanjang 10 tahun aku bekerja, inilah pertama kali baki cuti aku hingga ke hujung tahun mencapai tahap agak kritikal. Maka dengan hati yang sangat berat, bekerjalah aku hingga ke hari Rabu yang mana telah ramai rakan sekerja bercuti menyambut Hari Raya Aidilfitri di kala itu. Nyaris tak keje lagi sehari sebelum raya.


Begitu jugak naik cuti nanti. Jumaat aku akan mula bekerja.


Andai bulan-bulan dengan hanya menggoyangkan kaki, RM20K masuk dalam akaun aku, persis aku melepaskan jawatan ini di usia 33 tahun. Ditambah lagi syarat lain, setiap 5 tahun income itu direview - tak banyak pun sekadar penambahan RM2K setiap 1 tahun.

Wah.. sungguh tinggi
maintenance aku rupanya. Tapi itu hanyalah andaian. Sama sekali tidak akan berlaku.

No comments: