Monday, July 05, 2010

penawar hati penyejuk jiwa

"Orang-orang yang teguh agamanya ialah orang-orang yang menyampaikan risalah-risalah Allah, mereka itu takut kepadaNya dan tidak ada seseorang pun yang ditakuti melainkan Allah. Cukuplah Allah pembuat perhitungan."

(Al-Ahzab : 39)

===========================================================================================

Aku dah tetapkan KPI hidup aku. Hidup perlu sentiasa mendapatkan ilmu. Tidak kira melalui apa sahaja pendekatan, direct access or by reading books. Ilmu akhirat jangan sesekali ditinggalkan kerana itu merupakan benteng hidup dan bagi mendapat mawaddah ar-rahmah daripada Allah.

Buku ni aku beli kat MPH. Sangat berguna dan berilmu. Tengok saja nama pengarangnya dah buat aku jatuh hati pada buku ni.


Yang ni pun aku beli kat MPH. Tak sempat baca lagi. Perlu baca.


Ramai yang recommend buku ni. Aku nengok Iktibar Tanah Suci kat Astro Oasis pun recommend buku ni. Maka tangan aku pun capai buku ni kat MPH.


Aku tertarik ngan tajuk dia. Isi pun sangat menarik. Kandungannya perlu dibaca dan difahami oleh insan yang bergelar anak. Juga daripada MPH.


Buku ni aku beli kat Pasar Tani Putrajaya. Murah je, RM6. Gerai ni aku pasti singgah setiap kali pegi Pasar Tani. Banyak pelajaran daripada buku ni. Alhamdulillah.


Buku ni cepat aku capai. Aku merupakan seorang ibu yang terlalu banyak kekurangan ilmu dalam mendidik anak. Aku perlu belajar dan terus belajar. Moga Allah membimbing aku berhadapan dengan pelbagai situasi mendidik anak, insyaAllah.


Erti Hidup Pada Memberi. Aku selalu follow karya beliau daripada Majalah Anis ataupun blog beliau. Selalu diiklankan buku ni dalam magazine tersebut. Terdetik hati aku untuk hadiahkan buku ni buat hubby aku sempena Father's Day. Dalam masa yang sama aku jugak boleh baca. Moga Allah sentiasa membimbing kami dalam melayari rumahtangga, mendidik anak-anak dan menjalani kehidupan sebagai hambaMu dengan penuh rasa tawadhuk dan bersabar di atas setiap ketentuan dariMu. Amin.

1 comment:

Unknown said...

waahhh..nmpk menarik lor buku2 itu...teruja lak nengoknya tapi....buku2 yg dbeli kt pesta buku arie tuu pon x abiz2 dbacanya...huhuhuh...