"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka itulah sebaik-baik makhluk Allah, balasan mereka di sisi Tuhan mereka ialah syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, kekal mereka di dalamnya selama-lamanya. Allah redha akan mereka dan mereka pun redha (serta bersyukur) atas nikmat pemberianNya. Itulah balasan bagi orang-orang yang takutkan Tuhannya."
(Al-Bayinah : 7-8)
(Al-Bayinah : 7-8)
=========================================================================================
Sabda Rasulullah s.a.w.
"Bulan Rejab bulan ALLAH, bulan Syaaban bulanku dan bulan Ramadhan bulan umatku."
"Bulan Rejab bulan ALLAH, bulan Syaaban bulanku dan bulan Ramadhan bulan umatku."
Rejab ertinya Ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). Rahmat (rahmat), Judu (pemurah), Birra (kebajikan) kerana keagungan, kebesaran dan kemuliaan bulan Rejab itu maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan kebajikanNya terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal pada bulan Rejab dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya. Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan Syahrullah (bulan Allah).
Kemuliaan bulan Rejab dengan Isra' Mikrajnya, Syaaban dengan malam Nisfunya dan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya.
~ Rejab bulan menabur benih. Syaaban bulan menyiram tanaman. Ramadhan bulan menuai ~
~ Rejab menyucikan badannya. Syaaban menyucikan hatinya. Ramadhan menyucikan rohnya ~
~ Rejab bulan maghfirah (keampunan). Syaaban bulan syafaat. Ramadhan bulan menggandakan kebajikan ~
~ Rejab bulan taubat. Syaaban bulan muhibbah. Ramadhan dilimpahi pahala amalan yang banyak ~
~Rejab diganda 70 pahala. Syaaban diganda 700 pahala. Ramadhan diganda 1000 pahala ~
Marilah kita sama-sama melipatgandakan pahala sementara diberikan peluang. Hari ni dah 23 Rejab 1431H. Lagi 6 hari masuk Syaaban. Entah sempat atau tidak untuk bertemu Rejab 1432H.
Aku menyeru kepada diriku sendiri dan para pembaca supaya sama-sama kita menambah amalan di bulan Rejab dengan berpuasa. Banyak sangat kelebihannya. Kalau tak mampu sangat nak berpuasa, kita biasakanlah diri untuk bersedekah. Akan diangkat darjat dan dihapus kejahatan. Masya Allah.. Allah itu Maha Penyayang..
Beramallah sekadar kemampuan masing-masing. Kalau tidak kesemuanya, janganlah ditinggalkan kesemuanya.
Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment