"Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi juga di langit dan Dia Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui."
=========================================================================================
Aku suka jugak dengar Radio Selangor - 100.9fm. Informative. Suka dengar deejay Zainal berceloteh pagi-pagi. Selalunya perihal human touch. Memang masuk sangat ngan jiwa aku.
Topik pagi ni.. Sejauh mana seorang Ibu mendengar masalah anak-anaknya.. Sejauh mana seorang Ibu berkata sayang kepada anaknya dalam satu hari.
Pagi tadi dek kerana kekalutan dan sedikit kelambatan.. aku membebel kat Naim. Pagi ni tengah dengar radio.. laju airmata aku jatuh. Sesal dan sedih.
Sian Naim. Hanya kerana perkara kecik Naim kena bebel. Menitik airmata dia. Aku tau dia sedih. Aku kesian nengok tubuh kecik dia berbaju sekolah, bertie maroon sambil mengelap airmata yang menitik. Tapi ntah kenapa aku bebel jugak kat dia.
Aku memang elak daripada bebel kat anak. Elak dalam ertikata lain jangan buat. Especially time dia nak ke sekolah atau time nak tidur. Sebab bagi aku, time dia pergi sekolah.. aku terpisah ngan anak-anak aku - harta aku di dunia dan akhirat. Begitu jugak time tidur. Dan waktu 'perpisahan sementara' tu semua boleh jadi. Aku taknak menyesal di kemudian hari. Taknak.
*Jangan. Jangan biasakan diri membebel. Mak aku pun tak pernah bebel kat aku. Minimize marah anak. Aku tak suka kena marah, jadi treat people as what we want to be treated. Itu pendekatan dan ingatan untuk diri aku sendiri setiap kali berhadapan dengan cabaran mendidik anak.
Entahla. Kata salah seorang pendengar pagi tadi.. ibu dulu dan ibu sekarang lain. Ibu dulu kalau tengok anak termenung, akan terus bertanya kepada anak, "Kenapa termenung nak? Sakit ke? Ada masalah ke?"
Aku buat yang tu tapi insiden pagi tadi buat aku rasa menyesal. Tambah pulak bila menitik airmata Naim pagi tadi. Sedih benar agaknya dia..
Anak-anak salam ngan aku sebelum Ayah hantar both ke sekolah dan ke rumah Kak Long. Itulah anak aku. Have a very good attitude, very obedient kids. Aku cium. Aku peluk both of them. Aku lafaz kata sayang kat anak-anak. Anak-anak siap cakap "Abang sayang Mama", "Adik sayang Mama".
Walaupun kena bebel, still boleh kata sayang Mama.
Lagi buat aku rasa sedih bila mengenangkan sikap anak sulung aku tu. Time kami kalut, Naim akan uruskan Adik. Kejut Adik bangun tidur, bukak baju Adik, mandikan Adik, pakaikan baju Adik, sikat rambut Adik.. dan Adik dah siap comel!
Tak ke hiba tu.
Kesian sangat aku rasa kat anak-anak aku. Dahla masa diorang ngan aku tu dah kurang kualitinya. Time ni la macam-macam penyesalan timbul. Janji aku nak buat kite kat Naim pun tak terlunas lagi. Baru pasang lidi je. Ya Allah.. terbayang-bayang muka anak-anak aku..
Sesungguhnya bukan senang untuk mendidik anak di suasana yang gawat dan sentiasa terkejar-kejar ni..
2 comments:
You are a good parent. It's just one of the days la tuh. Don;t beat yourself.
~naza
insyaAllah. tq naza.
Post a Comment