"(Apakah kamu hai orang musyrik yang lebih beruntung) ataukah orang yang beribadat di waktu-waktu malam dengan sujud dan berdiri, sedang ia takut kepada (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah, "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran."
(Az-Zumar : 9)
(Az-Zumar : 9)
=========================================================================================
Hari ni hari Ahad. Eh dah masuk hari Isnin.
Sabtu bebaru nih kami berempat keluar. Cam biasa aktiviti di hujung minggu. Lunch kat luar dan disulami dengan aktiviti menggembirakan anak-anak dan aktiviti window shopping.
Aku dah bagitau hubby sebelum tu, aku nak tengok tudung. Dah lama tau aku tak beli tudung. Teruja nengok Che Su pakai tudung cantik tertarik kau memang da bomm tuh. So lepas selesai kedua-dua aktiviti di atas, kami ke kedai menjual tudung.
Alhamdulillah daripada awal kawin sampai sekarang hubby aku still boleh melayan hobi aku yang suka berjalan dari satu kedai ke satu kedai nih. Cuma dah banyak improvement dan enhancement dari aku. Berjalan ke kedai yang ada tujuan sahaja. Takde tujuan kalu, jangan cuba masuk. Nanti tak pepasal abis duit aku.
Dah sampai ke kedai ni, jeng jeng jeng.. kalau dah nama kaum Hawa yang bertudung, pasti ada agendanya. Aku rembat 4 helai tudung. Rabak jugak poket sebenarnya. Tapi takpe. Aku pun nak reward diri sendiri jugak.
Maka di kesempatan ini aku nak ucapkan terima kasih kepada Che Su yang mempromosikan tudung ini. Hari tu promosi kasut yer. Tapikan Che Su.. memang silapla. Kalau saya amik sehelai lagi, for sure dapat Gold Card instead of Pink Card. Huhu.. takpe takpe. Ada hikmahnya. Berbelanja jangan boros. Rectify which one is needed and which one is nice to have kan..
Cuma aku rasa lepas ni aku akan pegi lagi kedai tu. Heheh.. Dan aku ada jugak survey online satu lagi tudung. Fat yang bagi url ni kat aku. Terima kasih pada Fat ;-)
Che Su.. try tengok url ni. Banyak jugak saya berkenan. Kita beli thru dealer je. Takyah pegi kedai dia kat Mutiara Damansara tu. Puan-puan pun leh visit site ni. Menarik tau tudung dia!
Malam tu kami having dinner kat Tupai-Tupai Bangi. Dah lama aku nak gi Tupai-Tupai tuh tapi asik tak kesampaian sebab kedai kat KL. Aku memang tak suka pegi KL. Since dah ada kat Bangi, maka steamboat la kami di sana. Anak-anak aku memang sangat suka steamboat. Terima kasih buat hubby yang sangat memahami. I love you!
Kata Abang Naim, "Ayah.. Mama.. nanti bangun pagi esok mesti kita semua jadi tupai sebab makan kat Tupai-Tupai".
Adik sambung, "Itoi ya Ayah.. Mama.. nanti jadi tupai cani", sambil membulatkan mata dan mengangkat tangan ke atas, cuba melakonkan watak tupai.
Hahaha.. kami gelak besar. Abang dan Adik memang penyeri hidup kami. Alhamdulillah syukur pada Allah. Syukur dengan setiap kurniaanNya yang tak terhingga.
No comments:
Post a Comment