Wednesday, April 14, 2010

Allah itu Maha Kaya

"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu; wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak daripada emas, perak , kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah jualah tempat kembali yang baik (syurga)."

(Ali-Imran : 14)

==========================================================================================

Bebaru ni aku keluarkan daripada lemari sepasang baju kurung yang dah tak selesa untuk aku pakai. Taklah.. mana ada aku gemuk. Tailor tu jahit baju tak ikut saiz aku.


Semalam Saba bagi kat aku kain untuk buat baju. Baik sungguh adik aku sorang ni. Terima kasih banyak-banyak Saba. The best part is.. material kain yang Saba bagi sebijik cam baju yang aku dah keluarkan tu. Malah lagi cantik sebab design dia bunga tulip. Aku memang suka baju yang design bunga tulip or bunga orkid!

Allah Maha Kaya..

Memang terdetik dalam hati aku nak cari kain lain sebagai ganti baju tu. Kasi bilangan baju dalam lemari tu sama. Tak lebih dan tak kurang. Hahaha..

Allah gerakkan hati Saba belikan kain tu kat aku. Dalam erti kata lain, Allah penuhi permintaan aku. Indah sungguh takdir Allah. Itu baru secebis daripada kekayaan Allah yang nampak di depan mata. Banyak lagi kekayaan dan kekuasaan Allah yang memang jelas di hadapan kita yang kadang-kadang kita tak ambik pusing.

Syukur pada Allah. Setiap apa yang terdetik keinginan dalam hati aku sentiasa dipenuhi. Aku je yang tak tau nak bersyukur. Dosa sentiasa bertambah walaupun kurniaan Allah pada aku tak bertepi.

Allahuakbar..

2 comments:

Anonymous said...

same-same kaseh!..hehe..saba hepi sbb knrl suke pemberian yg x seberape itu..

cahaya petunjuk said...

Allah sahaja yang dapat membalas kebaikan saba. tq again.