"KepadaNya jua kembali kamu semuanya sebagai janji Allah yang benar. Sesungguhnya sekalian makhluk akan dikembalikan (hidup semula sesudah matinya) bagi membalas orang-orang yang beriman dan beramal soleh dengan adil; dan orang-orang yang kafir pula disediakan bagi mereka minuman dari air panas yang menggelegak dan azab yang tidak terperi sakitnya disebabkan mereka ingkar dan berlaku kufur."
(Yunus : 4)
(Yunus : 4)
==========================================================================================
Semalam appoinment aku ngan Hematologi.
Lepas hantar Naim ke sekolah kami terus ke Hospital Ampang. Amik nombor dan seperti biasa tunggu untuk amik darah. Orang sangat ramai tak macam selalu.
Aku dah eksesais tangan. Memang cenggitu kaedahnya supaya senang misi tu amik darah aku. Tak eksesais kalu, keluar masukla jarum tu kat tangan aku nih.
Lepas amik darah, kami ke cafe. Pekena roti telur. Memang gitu jugak kaedahnya menunggu di hospital ni. Tak lupa buku kena ada supaya masa yang berlalu tak dirasai kehilangannya.
Kami menunggu dengan penuh sabar. Sesekali terpejam jugak mata nih. Ngantuk sehhh..
Tik tik tik. Masa berlalu.
Jarum jam yang pendek menghala ke nombor doblas. Jarum yang panjang berada di atas nombor tiga. Nombor aku tak naik lagi. Expected. Aku yang request nak jumpa Ketua Jabatan Hematologi, sudah pasti lambat. Takkan sesingkat itu menunggu dan takkan semudah itu untuk jumpa orang no 1 kat jabatan tuh. Aku nekad. Mesti jumpa dia jugak. No matter what.
Husband aku dah tak senang duduk. Dia seboleh mungkin nak masuk sama ngan aku jumpa doktor. Begitu jugalah kaedahnya. Seawal aku sakit hingga sekarang, setiap kali aku jumpa doktor, suami aku pasti ada di sisi. Tak pernah ditinggalkan aku sendirian.
Tapi kali ni paling lambat jam 12.30 tengahari suami aku perlu beredar dari situ. Anak sulung kami menunggu di sekolah jam 1.30 petang.
Aku ok. Aku boleh handle semua ni insyaAllah. Cuma husband aku memang tak puashati kalau dia sendiri tak dengar explanation daripada doktor.
Jam 12.25 tenghari.. nombor aku naik. Kami meluru ke bilik bernombor 37.
Doktor Chang memang cool, dan sangat bagus dalam memberi explaination. Malah check up yang dia buat ke atasku pun thorough. Aku sangat puashati. No wonder banyak Thank You card untuk dia terpampang di white board hospital. No wonder juga dia sudah mendapat gelaran Datuk dan menjadi Ketua Jabatan.
Perkara pertama yang aku tanya ialah LDH.
Dengan tenangnya dia explain. Nothing to be worried. Darah yang dibiar lama (lambat diproses) memang akan menaikkan LDH. Result darah aku semalam memang ok. LDH 314. Hb 13. You are in a good condition today. Kata doktor tu.
Ish.. bakpe la doktor 2 minggu lepas tu tak explain kat aku cenggitu? Kalo pon tak tau, mintakla advice specialist lagi berpengalaman kan? Ingat lagi aku hari tu. Result darah aku tak ok. Doktor Chang tu repeat amik darah sebab dia tak puashati. Takut tertukar darah. Dia sendiri yang cucuk kat tangan aku! Just imagine keje nurse pon dia yang buat. Memang aku respek kat dia.
Dia check every part body aku, tu yang buat aku sangat puashati. Aku kabo ke dia aku selalu mengah dan letih. Dia kata aku cuma kurang eksesais (Suhaila.. saya kena gi brisk walking ke ni???) Gulp! Betol kata husband aku. Aku kurang eksesais. Sebab bila dia check takde sebarang kelainan pada badan aku.
Dia bagi pilihan kat aku untuk buat CT scan. Of course aku nak sebab aku worry. Dia ok je. Date scan pun dah dapat.. 10 Mei 2010. Dia siap order multivit dan tablet vit B untuk aku. Next TCA pun siap ada check kolesterol lagi. Banyak betol add on dan value added doktor ni.
Itulah baru nama seorang doktor!
Dan kerana itulah aku amat berpuashati bila jumpa ngan dia. Bila aku risau, memang aku perlu jumpa dia. Tapi bukan senang kalo nak jumpa ngan dia nih.
The best part semalam ialah, di kata lepas ni maybe aku dah tak perlu buat CT scan every year. Kesihatan aku seems like ok. Alhamdulillah. Tak tergambar syukur aku pada Allah.
Dan jam 12.40 tengahari kami bertolak ke Cyberjaya untuk jemput Naim. Kami berjaya sampai ke sekolah Naim jam 1.15 petang. Naim pon tak keluar lagi.
Petangnya, kami suami isteri keluar window shopping. Kata husband aku, kita celebrate. Heheh.. suami aku ni memang sangat memahami aku. Dan aku tau dia turut merasa kelegaan yang amat sangat bila mendapat tau yang aku sihat. Aku tau selama ni dia risau tapi dia tak pernah tunjuk kat aku.
Petang tu jugak aku tipon Mak. Supaya Mak tak risau lagi pasal aku. Anak Mak ni dah sihat insyaAllah.
Apa-apa pun, syukur pada Allah. Alhamdulillah, tak tergambar dengan kata-kata rasa syukur aku. Allah mudahkan jalan hidup aku. Semuanya dari Allah. Semuanya dari Allah..
Buat suamiku, terima kasih banyak di atas segala sokongan dan pengorbanan Abang selama ini. Hanya Allah yang dapat membalasnya. I love you so much Abang!
Buat sahabat-sahabat yang bertanya khabar aku.. dun weri. Aku ok nih. Terima kasih Ina, Azi, Azwa, Kak Effa, Saba dan semua sahabat-sahabat yang mendoakan kesejahteraan aku. Terima kasih semuanya.
Tapi kenikmatan yang dikecapi tidak boleh diambil enteng. Dugaan mendatang masih belum diketahui. Hidup kena sentiasa beringat. Langit tak selalunya cerah kan. Hidup ini satu perjuangan. Moga aku sentiasa diberi kekuatan olehNya untuk terus berjuang menghadapi apa sahaja ujian dan dugaan. Pimpinlah hambaMu ini sentiasa Ya Allah. Aku amat memerlukan hidayah dan keredhaan dariMu..
9 comments:
Alhamdulillah...syukur sgt2..saba hepi knrl dh sht..
alhamdulillah..syukur ke hadrat Ilahi..terasa lapang sungguh dada sy pas bbaca thread norul nie...:)
alhamdulillah.lega membaca explaination dri tuan punye badan.berat mata memandang berat lagi bahu memikul.andai dapat dikongsi bebanan yg ditanggung, sudi saya berkongsi bebanan itu dgn tuan badan..serius..semoga sejarah lalu tidak berulang lagi sampai bile2 pun.
Alhamdullilah, syukur padaNYa...
Alhamdulillah ..syukur....tak der apa-apa..
minta maaf banyak-banyak ye jiran rumah dan opisku...tak sempat nak bertanya khabar selalu...tapi selalu follow ur berita terkini by blog ni
...tapi sahabatku sorang ni yang cukup kuat semangatnya walaupun dia risau memang tak nampak kerisauannya... betul2 cik puan sri siantan..
alhamdulillah syukur..semoga norul sentiasa sihat.
to all,
tqvm. semua ni adalah milikNya.
Alhamdulillah syukur sbb semuanya ok..doa fizah semoga nono sihat sejahtera...
tq fizah.
Post a Comment