"Sesungguhnya Allah tidak menganiayai menusia sedikitpun, tetapi manusia jualah yang menganiayai dirinya sendiri."
(Yunus : 44)
==========================================================================================
Aku rasa la kan.. aku ni spesies manusia yang agak cerewet. Tak pasti pulak agak cerewet ke memang cerewet. Kalau beli baju nak kena make sure kain tak panas. Kalau beli kasut, handbag atau barang keperluan peribadi nak kena make sure barang-barang tu menang memakai. Camtu jugak kalau beli barang dalam umah. Aku sanggup tunggu tak beli, cukup duit baru aku beli. Janji puas hati.
Kalau buat keje opis pun aku agak cerewet. Report walaupun draf takleh cincai. Emel mesti proper. Susah jadi bos ni. Pening pale anak buah aku nanti. Hahaha..
Kalau sampai tang makan, aku lagi cerewet. Bukan cerewet nak makan, aku makan je apa yang halal. Tapi nak dapatkan yang halal tu la aku cerewet.
Kalau aku nampak kedai-kedai makan yang ekskusif tapi takde sijil halal, memang aku tanya orang kat kedai-kedai tu kenapa tak apply sijil halal JAKIM? Depa tu dok tunjuk sijil halal daripada syarikat persendirian je.
Tapi disebabkan masa tu kerajaan tak wartakan lagi yang sijil tu tak sah, jadi aku still accept sijil halal dari syarikat persendirian. Tapi aku still soh depa apply sijil halal JAKIM. Until bebaru ni dah kluar sokkabar sijil halal daripada syarikat persendirian tidak diakui dan tidak disahkan oleh kerajaan. Maknanya ia tak memenuhi spesifikasi untuk mendapatkan title halal. Gulp! Cemana yang dah jadi darah daging? Ya Allah.. aku mohon keampunan dariMu Ya Allah..
All this while memang aku ajar anak-anak, kena check dulu makanan yang jual kat kedai mesti halal. Tak kira coklat ke apa. Kalau takde, jangan letak dalam troli tu. Dan Alhamdulillah.. anak-anak aku ni Allah bagi memang senang diajar. Kalau takde Ha Lam Alif Lam tu memang depa takkan amik makanan tu tapi aku tak stress kan halal JAKIM. But now since aku dah tau pasal ketidak sahan itu, aku kena explain balik kat anak-anak.
"Kenapa sebelum ni kita boleh makan yang ada halal tu Mama?", tanya Naim
"Sebab kerajaan dah buat kajian, halal tu tak sah Naim."
"Kalau tak sah tu maknanya kita makan haram ye Mama. Berdosa la kita..", Naim dah susah hati.
"Takpe Naim. Allah tu Maha Penyayang. Hukum tak jatuh berdosa sebab kita tak tau. Naim kena cari logo halal bentuk bulat yang atas dia ada perkataan MALAYSIA ye."
Itu explaination dari aku.
"Sedapnya Alien tu Mama", kata Naim sambil pandang aku.
Aku tau Naim terliur setiap kali lalu depan Big Apple.
"Kita orang Islam Naim. Kita tak boleh makan apa saja yang kita rasakan sedap. Kalau ia tak halal, kita kena tinggalkan. Itu jihad namanya. Nanti Allah bagi pahala banyak sangat kat Naim. Dalam syurga nanti Naim boleh makan makanan yang jauh lagi sedap dari Alien tu", aku cuba terapkan Naim dengan mengenal Allah.
"Lebih sedap camni ke Mama?", sambil mendepakan tangannya.
"Lebih lagi Naim", jawabku.
"Lebih macam kita makan banyak-banyak ke Mama?", tanya Naim lagi.
"Lebih lagi. Tak tergambar dengan apa yang kita nampak dan rasa sekarang. Bukan saje sedap, Naim ada banyak sangat pilihan makanan dalam syurga nanti", aku cuba terangkan pada Naim. "Naim nak.."
"Kita kena jihad. Jangan ikutkan perasaan tapi ikut suruhan Allah. Syurga menanti kita Naim." "Naim nak masuk syurga", balas Naim.
Sebenarnya aku pun kepingin. Tapi aku tak boleh biarkan darah daging anak yang tak berdosa tercelit yang tidak halal. Wa iya uzubillah. Selagi aku masih hidup, akan aku pastikan anak-anak aku mendapat rezeki dan makanan halal insyaAllah. Jihad perlu diteruskan.
Setiap kali aku jalan sorang depan Big Apple tu, aku soh pekerja dia kabo ke big boss. Soh dia apply sijil halal JAKIM. Itu je yang aku mintak. Itu concern umat Islam. Bukan Big Apple je. Mana-mana yang tak pamer lagi sijil halal JAKIM tu aku akan tanya. Tapi in a good manner la kan.
Respon? Ada yang ok. Ada jugak yang cam marah. Takpe. Biarlah dia nak marah aku kat atas dunia ni. Aku cuba jalankan tanggungjawab aku sebagai khalifah di muka bumi ini. Itu saje. Dan alhamdulillah.. bebaru ni aku check kat website JAKIM, Big Apple dah ada sijil halal JAKIM. Naim dah boleh menikmati Alien dan Chocoholic. Adik pulak dah boleh layan Berry Bambi dan Pink Pelican. Alhamdulillah.. syukur pada Allah..


2 comments:
uhhuhu...laaa niee tgh tunggu Old Town White Coffee dpt sijil halal JAKIM tu plak..dlm proses katanya...so...wahai nafsu..sila laa bwk bsabo keh...:P
cikpuding,
kita tunggu dan lihat ;-)
Post a Comment