Monday, March 22, 2010

Lailahaillallah

"Katakanlah, 'Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.'"

(Az-Zumar : 53)

==========================================================================================


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Syukur pada Allah. Segala puji hanya untukMu Ya Allah. Sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang. Allah sentiasa ada untukku. Allah sentiasa memudahkan jalan hidupku.

Aku bersyukur :

1) Adik Najwa dah sihat


Adik Najwa my survivor sungguh kuat semangat dan kental. Biarpun darjah kepanasannya agak tinggi, dia tak sesekali merengek malah lemah dalam pergerakannya. Dan kini Adik Najwa dah sihat. Badannya dah tak panas lagi. Ya Allah.. semua ini milikMu Ya Allah..


2) Dah ada surau kat taman aku ni

Ya Allah.. seronok sangat rasanya. Baru dapat mendengar alunan azan setiap waktu. Kalau tak tu, Subuh je la dari masjid yang jaraknya lebih kurang 5km dari rumah aku. Subuh tu pon sebab suasana sunyi. Kalau siang hari memang tak dengar langsung laungan azan dari rumah aku ni.


Sedari kecik, daripada rumah aku tu aku dapat mendengar laungan azan dari 3 masjid/surau. Biasalah kan. Pantai Timur memang begitu keadaannya. Surau Taman Jaya, Masjid Batu Burok dan Masjid Ladang. Kalau Subuh tu kekadang Masjid Bukit Besar pun aku boleh dengar. Memang indah dan tenteram sungguh hati ini.

Bila aku duduk Puchong, rumah aku memang depan surau. Alhamdulillah.

Since
aku pindah sini bulan Julai last year, memang rasa satu kelainan. Langsung tak dengar laungan azan kecuali dari kaca tv. Sedih jugak sebenarnya. Sebab bukan senang nak mendidik anak di suasana penuh gawat nih. Spiritual tu sangat penting.
Apatah lagi suasana persekitaran. Semua tu faktor penyumbang kepada upbringing seseorang insan.

Tapi aku bersyukur jiran setaman aku ni memang berusaha keras untuk membina sebuah surau. Dan kini.. aku dapat balik semua tu. Aku dapat mendengar laungan azan dari surau taman aku! Alhamdulillah.. alhamdulillah. Allah itu Maha Penyayang. Aku sangat bersyukur.



3) Allah memudahkan satu lagi jalan untukku

Tak perlu dikhabarkan di sini berita kegembiraan aku itu. Pucuk pangkalnya aku sangat bersyukur dengan kurniaan Allah kepadaku.
Terlalu banyak. Tak terhitung..

Hatiku terasa hiba.. dan malu pada Allah. Dosaku sentiasa bertambah tapi kurniaanNya sentiasa melimpah ruah. Ya Allah.. sesungguhnya hambaMu ini jahil dan sangat memerlukan kasih sayang, pertolongan serta rahmat dariMu. Engkau lindungilah kami sekeluarga. Bahagiakanlah ibuku dan lapangkanlah kubur ayahku serta letakkanlah rohnya di kalangan orang-orang yang beriman.
Amin.

No comments: