Monday, March 22, 2010

susah tetapi indah

"Dan jangan sekali-kali engkau menjadi daripada golongan yang mendustakan ayat-ayat Allah kerana dengan itu engkau akan menjadi daripada golongan yang rugi."

(Yunus : 95)

==========================================================================================

"Jangan Sokong Perniagaan Yang Membantu Zionis Israel"

Aku attach pamplet yang aku rasa wajib diambil peduli oleh umat-umat Islam. Pamplet ni aku dapat masa balik Terengganu bebaru ni.

Kat Terengganu ada satu hyper runcit yang dipunyai oleh orang Melayu dan kedai ni tak jual barang-barang produk yahudi. Setiap kali aku balik Terengganu memang kedai ni yang aku pegi untuk beli barang-barang. Harga pong muroh sokmo :-))

Bukan takde hypermarket lain, tapi aku nak anak bangsa yang beragama Islam maju dan sentiasa maju ke hadapan.


Setiap kali soping kat dalam kedai tu hati pasti tersentuh bila melihat poster-poster yang tertampal di dinding kedai akan kekejaman zionis yahudi dan hati akan tertutup untuk membeli barang-barang yang secara tidak langsung menyokong yahudi.

Memang sukar totally tolak produk yahudi sebab boleh dikatakan yahudi ni mengawal seluruh dunia dengan produknya. Kita hanya pengguna tak mengeluarkan produk. Tapi bagi aku mana yang kita boleh elak, kita cuba elak. Cari alternatif lain.

Sukar jugak untuk menghentikan memakan fast food bagi penggemarnya bila hati dah suka tapi hidup ini memerlukan pengorbanan kan. Itulah jihad namanya. Kecik sangat jihad tu jika nak dibandingkan dengan jihad yang dilakukan oleh umat Palestin setiap saat di tanahairnya.

Aku selalu mengingatkan diri aku bahawa satu suap yang memasuki ke mulut kita itu umpama sebiji peluru menembusi badan rakyat Palestin. Sudahlah kita dapat bermewah-mewah di negara kita, sanggupkah kita memberikan share kepada yahudi untuk membunuh rakyat Palestin seagama dengan kita?

Bukan tiada pengganti bagi makanan tersebut. Masih banyak lagi makanan dalam dunia ni yang halal yang boleh kita makan. Kenapa perlu mengambil fast food tu? Bukan sahaja bersekongkol dengan zionis yahudi malah makanan tersebut merosakkan kesihatan kita di masa hadapan.

Kisah jihad ini bukan baru. Ketika Nabi Ibrahim dibakar hidup-hidup oleh Raja Namrud, ada seekor burung yang berkerja keras ulang alik membawa sedikit air di dalam paruhnya. Tujuannya hanya satu. Untuk memadamkan api yang membakar Nabi Ibrahim. Bayangkanlah.. berapa titik sangatlah yang dapat dimuatkan ke dalam paruh tersebut.

Ada haiwan lain yang bertanya dan melekehkan perbuatan burung tersebut. Tapi jawab burung tersebut..

"Aku takut pada Allah.. apa jawapan yang akan aku berikan kepada Rabb di hari perhitungan nanti apabila ditanya kenapakah tidak menyelamatkan Nabi Allah? Paling tidak, aku telah berusaha menolong Nabi Allah walaupun dengan cara yang sangat minima."

Itu kata seekor burung.. seekor binatang yang tidak dicatat pahala dan dosa. Bagaimanakah kita sebagai seorang manusia yang sudah pasti akan dihitungkan amal di hari kiamat kelak?

Fikir-fikirkanlah.. sesungguhnya jalan mujahadah itu susah tetapi indah!

1 comment:

Anonymous said...

SABASUN = sabar dan bersungguh-sungguh..! tapi sedey, sejak mydin n giant buke, kurang dh org g sabasun ni..kan knrl..