"Ya Allah, sesungguhnya kami pohon kepada Engkau supaya jauhkan kami dari kekufuran, syirik, nifak dan riya', dan kami minta jauhkan kami dari keburukan diri kami dan dari sebarang keburukan dan dari keburukan penghasad dengki."
==========================================================================================
Pagi-pagi aku selalu dengar Sinar.fm. Aku suka dengar lawak Mat Saleh a.k.a. Abang Jem tu. Dengar pulak lagu merapu. Mau berair mata aku gelak. Hiks! Bila iklan aku tukar cenel dengar Pak Nil & Pak Din kat Era pulak. Selalu buat aku senyum sorang-sorang dalam keta dengar Sawancara depa.
Psstt.. hari tu ada geng Sinar datang Pasar Tani Putrajaya. Nak jadi citer lak aku ni antara pengunjung setia pasar tani. Ingatkan apa la dok hingaq orang pon ramai dok kerumun. Rupanya ada Abang Jem tengah jual produk FAMA untuk jualan amal sebab nak tolong Ahmad Busu yang sakit. Memang tak kering gusi sungguh aku berdiri tang tu dok dengaq merapu Abang Jem. Tapi memang menyeronokkan. Heheh.. dek kerana aku ni suka dengar celoteh dia, aku beli la kaya madu FAMA feveret Ayah dan Adik Najwa tu.
Tapi tujuan aku menulis hari ni bukan nak citer pasal Abang Jem. Aku tersentuh dengan satu panggilan seorang pendengar Sinar pagi tadi. Siap bergenang airmata aku pagi tadi. Pemanggil tu Naim namanya. Sama lak cam nama anak aku.
Citernya begini..
En Naim ni everyday keluar pegi keje awal lebih kurang kol 6.30 pagi. Wife dia akan hantar anak-anak pegi sekolah. Tapi pagi tadi wife dia kata.. anak dia ni rasa lain hari ni sebab tak salam ngan cium pipi si ayah.
Si ayah masa tu atas motor. Dah lebih kurang 3km bergerak. Hati dia tersentuh dan rasa sebak bila si anak kata camtu (lelaki pon boleh sebak tau!) Pusing balik ke rumah dan peluk serta cium anak dia tadi. Kata si ayah pada deejay radio, memang tiap-tiap hari si ayah akan kejut anak, gurau ngan anak sebelum gi keje dan cium pipi anak. Anak pun akan salam ngan dia. Tapi tadi tah cemana dia tak cium pipi anak. Anak pun tak cium pipi dia. Kata si ayah lagi.. dia tak dapat bayangkan cemana keadaannya nanti kalau dia dah takde lagi kat dunia ni. Cemana ngan anak dia..
Ah.. aku rasa touching sangat. Mungkin sebab aku dah bergelar ibu.. hati aku cukup sensitif bila dengar cerita anak-anak..
Kata deejay, alhamdulillah masih ada lagi insan yang bergelar ayah mempunyai perasaan cenggini.
Ya.. memang ada..
Itulah apa yang husband aku buat kat anak-anak kami. Dialah yang suka bergurau ngan anak-anak. Mama ni tak pandai main ngan budak-budak.
Pagi-pagi Ayah yang kejutkan Naim. Gosok sana sini. Geletek sikit-sikit. Cium dengan penuh kasih sayang. Ayah tengokkan Naim mandi. Pakaikan baju Naim. Siapkan Naim. Mama tak buat semua tu. Bila dengan Mama Naim lain sikit. Heheh.. biasalah anak lelaki dengan Mama. Mama cuma sediakan bekal sekolah Naim. Pegi sekolah Ayah hantar. Balik tengahari Ayah jemput.
Semalam Mama yang jemput Naim kat sekolah. Dari kejauhan nampak Naim melambai dan senyum. Mama balas lambaian dan senyuman tersebut.
"Sori Naim, Mama lambat. Ada hal sikit tadi", jelas aku kat Naim sebab nampak Naim tertunggu-tunggu. (ni sume gara-gara kancil aku. Next entry aku stori keh)
"Ayah mana Mama?", tanya Naim.
"Ayah pegi Melaka. Hari ni Mama datang jemput Naim", jawab aku.
"Naim tunggu Ayah. Ayah tak pernah lambat, Mama", Naim memberi penerangan ringkas.
Belas dan hiba aku tengok muka Naim dan dengar jawapan cenggitu dari dia. Camtu sekali expectation Naim kat Ayah.
Timbul perasaan bangga dan seronok sebab Naim pandai appreciate Ayah. Naim has a very close bonding ngan Ayah. Naim selalu puji Ayah itu ini depan Mama. Ayah hebat itu dan Ayah hebat ini. Mama suka sebab Naim dah nampak Ayah sebagai role model dia. Ayah dah jadi idola Naim.
Mana taknya, malam-malam Ayah jugak yang hantar Naim mengaji. Balik tu homework Naim Ayah yang check. Tiap-tiap malam. Mama ni pukul 10 malam tu dah flat. Ntah kenapa rendah sangat metabolisme. Tak energetic langsung. Padahal kejenya duduk ngadap notebook je. Takde pulak nak kena angkat batu bata. Hmm.. tua dah gamaknya.
Nak exam bebaru ni Ayah lah yang main peranan dari Mama. Ayah yang buat soklan. Naim jawab. Ayah tanda. Ayah lukis itu ini (Ayah memang pandai melukis), kalau harap Mama lukis tahap orang lidi je la.
Kalau jawi tu Mama cuma leh ajar. Selalu Ayah yang tulis. Tulisan jawi Ayah cantik. Jawi Mama memang tak cantik. Huhu.. Ayah jugak ajar Bahasa Arab. Pssstttt.. dah memang Ayah dulu SMAP mesti la bulih ajar arab kan. Tapi kalau soh Mama ajar Naim Kimia pun belum tentu Naim leh dapat A. Nama je skolah Sains Mama nih. Hahahahah..
Walaupun syurga di bawah tapak kaki ibu tapi peranan Ayah sebagai ketua keluarga merupakan entiti penting dalam sesebuah institusi kekeluargaan. Dan sebagai anak, perasaan hormat dan menyanjungi Ayah tu perlu ada. Bukan bermakna mengabaikan ibu tetapi seorang anak perlu tahu di mana nilai seorang Ayah. Itu yang aku nak.
Aku bukanlah keluarga berada yang dapat penuhi apa sahaja keinginanku dan anak-anak. Selalunya aku perlu justify pada anak-anak setiap keinginannya. Supaya tiada pembaziran. Kecuali tang belajar dan makan. Yang tu memang takde limitation dan tak perlu sebarang justifikasi.
Aku tak punya kereta besar untuk dijadikan kebanggaan. Tidak juga punya wang berjuta. Tidak mampu untuk bercuti ke luar negara. Naluri wanita, biasalah kan. Lebih tepat lagi, naluri aku. Kata suamiku, kita ke Mekah dulu baru kita boleh plan melancong ke tempat lain. Tunaikan yang wajib dahulu.
Sesekali berbelanja aku perlu hitung supaya tidak melebihi pendapatan. Kata orang, ukur baju di badan sendiri.
Tapi aku bahagia. Bahagia dan sangat bersyukur dengan kurniaan Allah. Walaupun bukan dengan wang ringgit, tapi banyak aspek lain. Banyak sangat yang Allah bagi kemudahan pada aku. Ya Allah.. janganlah Engkau menarik kebahagiaan yang telah Engkau anugerahkan kepada kami. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Aku sangat bergantung harap denganMu Ya Allah..
Kata Kak Long..
Bahagia adalah persoalan yang sangat abstrak. Tidak dapat dilihat ukuran dan saiznya tetapi hanya dapat dirasai nikmatnya. Ia bukan milik manusia yang hakiki, tetapi anugerah Allah kepada sesiapa yang mencari dan mengharapkannya. Tiga modal penting untuk meraih kebahagiaan ialah fizikal, emosi dan spiritual. Gabungan ketiga-tiganya akan membina minda dan perasan yang positif serta sentiasa bersyukur kepadaNya yang amat tinggi dan akhirnya mencetuskan bahagia. Jika keadaan ini ada dan bergabung dalam diri, kita tidak akan merasa sukar untuk dan ketika berhadapan dengan apa sahaja yang ditentukan Allah kerana semuanya datang dari Allah dan kepada Dia jualah diserahkan harapan, usaha dan kemahuan.
Apa-apa pun, terima kasih buat Ayah. Terima kasih untuk segalanya. Moga Allah sentiasa melimpahkan kasih sayang dan rahmat buat kita sekeluarga.
No comments:
Post a Comment