"Dan (ingatlah) masa Tuhan menghimpunkan mereka (pada hari kiamat kelak) dengan keadaan mereka merasai seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu saat sahaja dari siang hari. Mereka akan berkenal-kenalan sesama sendiri. Sesungguhnya rugilah orang-orang yang telah mendustakan hari menemui Allah untuk menerima balasan dan tidak mendapat petunjuk (ke jalan mencari untung semasa hidup di dunia)."
(Yunus : 45)
(Yunus : 45)
==========================================================================================
Hari ketiga (6 Januari 2010)
Pagi kami sama-sama menghantar Naim ke sekolah. Lepas salam dan cium Ayah Mama, Naim melangkah masuk ke sekolah. Aku acting melambai. Naim berjalan dengan penuh yakin, sama seperti kelasnya, 1 Yakin. Aku follow. Dia tak perasan. Until sampai kat tempat assembly aku nampak muka dia dah lain. "Apsal lak anak aku ni?" Aku menonjolkan diri supaya dilihat Naim. Dia tunjuk temporary name tag dia dah patah. "Naim takut cikgu marah".
Ohh.. aku usaha dapatkan tag tu dan berjaya. Naim kembali happy. "Takpe Mama nak balik. Naim tak takut." Aku mengangguk tapi dalam hati ni.. susah betol aku nak lepaskan anak bujang aku sorang ni.
Memang kami balik. Waktu rehat aku kembali ke sekolah. Menunggu di kantin dalam keadaan menyorok di sebalik tiang konon Naim tak nampak aku. Rasa macam citer James Bond pulak. Bezanya aku tak memegang pistol tetapi hanya henpon murah untuk snap gambo Naim.
Naim dah ada kawan. Makan sama-sama. Aku rasa lega. Mataku tak lepas memandang anak sulung aku tu. Mulut dan hatiku berdoa untuk Naim. Mohon Allah pelihara Naim dari segala perkara yang tidak baik. Supaya Naim menjadi anak soleh, seperti maksud namanya. Berjaya dunia dan akhirat. Mempunyai akal yang tajam dan bijak dalam pelajaran. Berguna kepada agama, bangsa dan negara.
Aku follow Naim sampai ke kelas. Murid darjah 1 kena beratur sebelum masuk kelas. Aku dapat peratikan ada sorang budak nakal sekelas ngan Naim. Memang nakal. Dihantuknya kepala dia ke kepala budak-budak lain. Budak pompuan tu siap nangis lagi. Sakitla tu. Ish.. takleh jadi nih.
Aku tunggu depan kelas Naim. Bila cikgu nak masuk aku bagitau apa yang aku nampak dan mintak cikgu peratikan sama budak tu. Aku memang pantang ngan budak nakal nih. Nak nakal sorang takpe. Jangan mencederakan orang lain sudah. Hahah.. ibu yang prihatin. Cikgu tu bagitau aku budak tu memang nakal melampau. Cikgu lain pun dah aware. Apa pun dia akan observe jugak budak tu. Takpe. At least aku do sumthing supaya tidak menyesal di kemudian hari.
Kedudukan Naim dalam kelas dah berbeza. Meja dah disusun berdua-dua dan ada yang bertiga. Ironinya Naim duduk sebelah kawan pompuan namanya Najwa Aleesya!
Ah! Bukan senang seorang ibu nak lepaskan anaknya. Tapi I really need to learn to let him go, I mean grow!
Hari keempat (7 Januari 2010)
Hari ni Ayah dah mula keje. Aku je cuti lagi. Pagi Ayah hantar Naim ke sekolah. Rehat aku pegi sekolah. Curi-curi tengok Naim untuk James Bond siri II. Naim tak nampak aku. Misi berjaya.
Cam biasa, masa makan asik tengok jam. 10.30 dah abis rehat. Lepas makan aku tengok Naim berempat berjalan balik ke kelas. Pastu berlari. Lepas simpan bekal dan air dalam kelas, Naim keluar balik. Main Pepsi Cola ngan empat orang kawan dia. Pastu berlari. Alhamdulillah, Naim dah ada kawan dan happy. Moga Allah melindungi semua kanak-kanak kain putih ni.
Budak-budak sekarang tak macam budak-budak dulu. Aku tengok takde langsung bekas air/bekas makanan yang tertinggal kat kantin. Agaknya berbuih mulut mak ayah pesan. Maklum sajalah. Boleh dikatakan 80% bekas kanak-kanak ni cap Tupperware.
Aku terserempak dengan bapak sorang budak. Katanya, "Budak-budak ni dah boleh survive. I ni bukannya nak datang pon. My wife yang soh datang. Mintak tengokkan buku teks. Ala takpe. Boleh budak-budak ni bawak. Tak berat pon". Sungguh berbeza pendekatan seorang ibu dan seorang bapa.
Ada lagi satu yang terbuku dalam hati aku. Kebetulan aku terserempak dengan cikgu, terus aku menyuarakan pendapat pasal toilet. Baik lelaki, baik perempuan semuanya sama. Ada 3 syntax error yang aku nampak dan perlu kepada debugging. Nampak gaya kena aktif PIBG aku ni. Hahahaha..
Esok tinggal lagi satu hari (last day aku cuti). Memang aku amik peluang ni nak tengok Naim. Sementelah minggu ni memang sekolah bagi lagi mak bapak masuk kawasan sekolah, aku kena gunakannya sebaik mungkin. Tomorrow will be James Bond last episode.
Hari kelima (8 Januari 2010)
Dah selesai babak James Bond aku. Tadi dah rasa tak best bila tengok Naim waktu rehat main ngan kawan dia.. pastu dah tak main. Kotla takde orang nak kawan ngan Naim (camtu sekali aku pikir?) Aku kenal anak aku. Dia bukan jenis budak yang lincah. Orangnya pendiam. Tapi bak kata Kak Long, 'Biar tak lincah kelakuan tapi lincah otak'.
Dalam keta on the way balik rumah tadi aku tanya.. Naim kata rasa sakit sikit dada (semalam dia jatuh basikal.. handle kena dada). Sebab tu dia rehat tak main. Aku tak sure sincere ke tak jawapan dia. Tapi bila Naim jawab cam gini, aku terpaku.. dan confident dengan Naim.
"Mama.. Kasyfil ada kakak kat sekolah. Tapi Mama.. walaupun Naim takde abang dan kakak kat sekolah tu, Naim tak takut. Nanti kalau Adik dah sekolah Naim akan jaga Adik kat sekolah."
Terngiang-ngiang lagi kata-kata Naim dan terbayang-bayang muka innocent dia tadi..
Banyak kali aku tekankan pada Naim. Kawan tu cuma buat kita seronok. Yang penting kita pegi sekolah nak belajar. Walaupun kita sorang, Allah sentiasa ada bersama kita. Dekat sangat dengan kita. Lebih dekat dari urat leher kita. Itu yang penting.
Dasat betol hati seorang ibu ni kan. Aku ni kannya boleh nengok Naim lonely walhal tak sampai seminggu dia sekolah.
Tingat masa aku mula-mula masuk sekolah kat Taiping dulu. Aku 2nd intake. Semua orang dah ada klik. Aku risau kalau-kalau takde kawan. Kata arwah Ayah, "Kita pegi sana nak belajar. Bukan berkawan. Takde kawan takpe. Kawan takleh tolong kita pun. Allah sentiasa ada dengan kita. Allah sentiasa ada untuk kita". Itulah yang aku pegang hingga sekarang. Tak kira zaman belajar mahupun zaman kerja.
Naim.. next week Mama dah tak jadi James Bond lagi. Dah tak dapat nak tengok Naim kat sekolah lagi (walaupun Naim tak tau pun Mama pegi tengok Naim). Mama serahkan Naim pada Allah. Mama yakin Dia akan sentiasa menjaga Naim. Naim jaga diri baik-baik. Belajar rajin-rajin. Dengar cakap cikgu. Hidup mesti berani. All the best ya sayang!


3 comments:
mama sanggup jadik..superwoman, ultrawomen..demi anak tersayang. kalo boleh terbang ..nak je terbang mendapatkan anak2nya..
naqliyah,
agreed 100%. moga kita dan anak2 sentiasa di dalam rahmat dan keredhaan Allah..
aduhhh.... nasib baik james bond ni dah pencen.. letih tiap hari nak follow up kesah si naim diskodeng ibunya nih.. ahahah!
takpe nono.. dah boleh lepas tu kira dah ok laa.. sekarang ni nak kena monitor je.. bulan 2 ni bebudak darjah satu ada exam..
Post a Comment