"Oleh sebab itu berikanlah peringatan kerana peringatan itu bermanfaat. Orang yang takut (kepada Allah) akan mendapat pelajaran. Orang-orang yang celaka (kafir) akan menjauhinya. (Iaitu) orang yang akan memasuki api yang besar (neraka)."
(Al-A'la : 9-12)
(Al-A'la : 9-12)
==========================================================================================
Hari kedua (5 Januari 2010)
Aku masih menunggu hingga sekolah tamat. Lepas tengok Naim masuk kelas letak beg dan beratur kat Dewan terbuka, kami hanya memerhati dari jauh. Bila Naim dah masuk kelas kami still follow (jarak Dewan Terbuka ke kelas tu dekat jer). Cam biasa, Naim akan salam ngan aku dan aku akan cium pipi dia yang gebu tu. Cium di ubun-ubun dengan niat dan seribu harapan dari seorang ibu. Kami menunggu di kantin. Bila rehat Naim datang. Hari ni dah bertambah lagi sorang kawan, Kasyfil Aziz namanya.
Sementara menunggu Naim abis kelas, aku menunggu di kantin sekolah. Dalam hati dah ada sesuatu yang terbuku. Nampak je tokeh kantin aku terus memberi salam dan menyuarakan pendapat. "Mi goreng tu masin sikit. Semalam pun masin." Tokeh tu ok je. Siap berterima kasih lagi.
Hahaha.. baru hari kedua aku dah ada komen. Walaupun Naim tak beli makanan heavy kat kantin sebab dah having heavy breakfast kat rumah everyday tapi aku rasa aku kena bagitau. Sian kanak-kanak lain makan masin. Bahaya tuh..
Waktu balik kami menunggu di tempat yang dijanjikan. Macam ni lah hari-hari. Ayah akan hantar dan jemput Naim di sekolah. Opis Ayah pun dekat sangat ngan sekolah Naim, dekat jugak ngan rumah kami. Ada je bas sekolah yang hantar ke rumah. Aku lak yang tak sampai hati nengok Naim naik bas. Mungkin kalau Naim dah besar, darjah 4 ke aku boleh release dia naik bas.
Malam tu aku dah bagitau, "Naim, esok Ayah dan Mama dah tak tunggu Naim kat sekolah lagi. Naim makan kat kantin dengan kawan ye. Mama ngan Ayah akan tunggu Naim bila nak balik nanti kat tangga tu." "Ok Mama. Takpe. Naim boleh", jawab Naim sambil tersenyum.
Naim dah lukis map jalan keluar dari kelas ke tangga tempat yang aku janji aku nak tunggu tu. Dan dah mintak Ayah confirmkan. Heheheh..
Betol ke esok aku tak pegi sekolah Naim?
Naim dah lukis map jalan keluar dari kelas ke tangga tempat yang aku janji aku nak tunggu tu. Dan dah mintak Ayah confirmkan. Heheheh..
Betol ke esok aku tak pegi sekolah Naim?
bersambung.....
3 comments:
nurol...biasa la anak sulung...kita kurang yakin nak lepaskan dia sendiri...insya Allah anak kedua nanti ta mcam tuuuu
..pun dah mula terasa dan terfikir sama mcm nurul katakan tu bila detik umairah masuk darjah 1 thn depan semakin hampir.. takut pun ada..maklumla keadaan sekarang dgn anak2 semua girl belaka..
kak effa,
insyaAllah. tqvm.
zie,
takpe zie. sama2 kita doa pada Allah mintak dipermudahkan jalan untuk kita sekeluarga. insyaAllah, berjaya di dunia dan akhirat.
Post a Comment