"Dan jagalah dirimu daripada (azab) hari (kiamat, yang pada hari itu) seseorang tidak dapat membela orang lain, walau sedikitpun; dan (begitu pula) tidak diterima syafaat dan tebusan daripadanya, dan tidaklah mereka akan ditolong."
(Al-Baqarah : 48)
(Al-Baqarah : 48)
==========================================================================================
Buku teks sekolah Naim dah berbalut. Suka aku nengok buku teks yang cenggitu rupanya.
Ada jugak 1 buku yang aku rasa dah masuk kategori 'agak uzur' tapi aku still balut jugak dan make sure kulit buku tu jadi keras. Caranya? Aku beli plastik PVC (yang selalu guna letak kat muka depan kalo kita binding assignment tuh), lekatkan pada muka depan buku teks guna double sided tape, pastu baru balut menggunakan plastic book cover ready made yang dijual seantero dunia tuh. Keras sikit jadinya.
Tapi untuk Naim aku dah beli buku teks lain. Tak sampai hati nak bagi dia guna buku uzur tu. Kiranya aku balut tu untuk kegunaan budak yang masuk darjah 1 next year.
Semalam petang aku pegi Czip Lee Kajang. Beli buku Teks BM Naim, menggantikan buku uzur tu. Wah.. memang heaven rasanya kat situ. Cakap je nak buku apa.. buku teks, buku rujukan, buku aktiviti, buku latihan, kamus, buku simpulan bahasa, dan segala macam jenis buku dari usia kindergarten hingga STPM! Ada belake dinung! Stationary? Pun banyak. Daripada nak beli buku teks sebijik, banyak lak yang aku beli. Heheheh.. aku memang suka sangat pegi kedai buku nih.
Cemana aku tau kedai buku ni? Itu hari aku temankan Puan Muni pegi kedai ni beli buku teks anak dia yang hilang. Masa tu Naim tak sekolah lagi. Di situlah aku tau kedai buku ni. Maka berterima kasihla kepada Puan Muni memperkenalkan aku ngan Czip Lee!
Jadi kalau ada ibubapa yang nak cari buku sekolah atau sebarang jenis buku untuk anak-anak, bolehlah mengunjungi Kedai Buku Czip Lee. Tapi harus diingat, parking cam biasa.. agak sukar. Kajang sememangnya cramp!
No comments:
Post a Comment