Saturday, January 02, 2010

Program Minggu Orientasi & Transisi

"Oleh sebab itu berikanlah peringatan kerana peringatan itu bermanfaat. Orang yang takut (kepada Allah) akan mendapat pelajaran. Orang-orang yang celaka (kafir) akan menjauhinya. (Iaitu) orang yang akan memasuki api yang besar (neraka)."

(Al-A'la : 9-12)

==========================================================================================

Hari ni ada Ujian Diagnostik. Naim tetap steady.

Lepas bersarapan dengan mi goreng Naim mengenakan uniform sekolah. Siap ngan singlet dan belt!

Sebelum keluar rumah. Adik pun wish good luck kat Abang!

Sampai sekolah kena semak kedatangan Naim. Lepas semak kedatangan, semua murid Tahun 1 kena beratur kat Dewan Terbuka sekolah untuk dibawa para cikgu naik ke kelas menduduki Ujian Diagnostik. Ujian ni akan menentukan untuk ke salah satu kelas-kelas antara berikut :
C = Cemerlang
Y = Yakin
B = Bestari
E = Efisyen
R = Rajin

Kata cikgu, "Bawak alatulis dengan pensel warna sahaja."

Aku cam biasa pesan kat Naim baca Bismillah dan jangan careless dan Naim macam biasa sambil tersenyum akan jawab, "Ya Mama."

Naim yang siap letak kertas test kat tepi meja cam nak jatuh je aku nengok.

Sementara menunggu students buat test, parents stay kat bawah dengar taklimat. Taklimat memfokuskan kepada 4 topik iaitu Orientasi & Transisi, Skim Pinjaman Buku Teks, J-QAF dan Disiplin.

Orientasi & Transisi ni akan mengambil masa 3 minggu iaitu bermula 4 - 22 Januari 2010. Selama itulah students hanya perlu membawa alatulis dan pensel warna. Buku tulis dan yang seangkatan dengannya takyah bawak dulu.

Overall sumenya ok. Yang paling bermakna buat aku ialah taklimat J-QAF. Kata Ustazah tu di akhir taklimatnya, renung-renungkanlah sabda Rasulullah..

"Barangsiapa yang membaca Al-Qur'an, hari akhirat nanti Al-Qur'an akan datang dengan keadaan yang sangat indah untuk membantu kita. Kita akan bertanya : "Siapakah dirimu?" Jawab Al-Qur'an : "Akulah Al-Qur'an yang sering engkau baca dan engkau sanjungi". Begitu jugak dengan ibubapa yang menghantar anak-anak mengaji Al-Qur'an. Di hari akhirat kelak akan dipakaikan dengan mahkota yang indah dan berbahagialah dengan ganjaran pahala yang diberikan."

Subhanallah.. aku cuba cover rasa hiba tu sebab nampaknya mata aku sorang je yang berkaca. Kalau orang nampak nanti heran lak. Apsal minah ni.. Aku sebenarnya rasa kecik sangat. Dan Allah tu Maha Penyayang. Apa yang kita lakukan sebagai ibubapa bukannya susah, cuma menghantar anak mengaji tapi ganjaran pahala dari Allah amat besar. Maha Suci Allah..

Semoga Allah sentiasa memberi hidayah dan membimbing kami mengikuti jalanMu. Janganlah Engkau memesongkan hati kami setelah Engkau memberi petunjuk kepada kami Ya Allah. Amin.

Aku suka tengok gelagat budak-budak. Budak yang paling kiri tu punyala relek. Masa tinggal 5 minit lagi baru tau rupanya dia tak siap lagi. Tu pun sebab cikgu semak kertas dia. Pastu siapkan dengan kondisi yang sangat lepak tanpa kelam kabut ;-)

Pemandangan dari atas.

Lepas taklimat dan sesi soal jawab, parents bayar yuran. Total termasuk PIBG (aku dah masuk PIBG rupanya!) dan segala mak nenek RM70.50.

Sementara menunggu Naim abis test, aku survey sekolah tu. Masuk toilet, nengok cemana gaya toilet anak aku nak melepaskan hajat (walaupun aku tau Naim takkan masuk toilet. Aku kenal sangat anak aku nih), tengok persekitaran sekolah, mana bilik guru, mana bilik darjah dan round lagi mana yang patut. Tak lupa kena pegi kantin. Kena amik feel budak sekolah..


Ayah amik mi goreng, ayam seketul dan telur rebus separuh biji. Regenya RM3.50! Tak termasuk air tau! Gulp! Camtu sekali harga makanan di kota metropolitan hutan batu nih. Kalau camtu gaya, memang kena bagi RM4/day. Lagi 5 kupang masuk tabung. Uh.. aku dulu pi sekolah lima posen jer. Tu pun ada belen dua posen masuk tabung. Zaman sudah berubah. Tapi situasi itu tidak berlaku sebab Naim akan bawak bekal nanti.

Sambil makan tu kami bersembang ngan parents lain yang dah ada anak-anak besar kat sekolah tu. Katanya so far sumenya ok. Dan aku sebagai ibu bertawakkal pada Allah. Moga Allah memelihara Naim setiap masa dan Naim Mama menjadi anak yang soleh berguna pada agama, bangsa dan negara. Amin.

Dah selesai. Kita jumpa hari Isnin ya!

4 comments:

azi_hafiza said...

bes kan nono? mcm azi, wpun dh masuk kali ketiga but still rasa xcited ngalahkan anak... hehehe.. tu baru masuk part daftar sekolah.. tggu bila dorang exam plak nnt.. maknya yg x tdo mlm.. huhuhu... paling best bila time dorang dpt result. Sgt happy bila dpt komen positif dr cikgu... semua pengalaman ni x dpt dibeli. rugi kalo sape2 yg x hantar sendiri anak2 masa first day.. anyway, murah btol yuran sekolah sana ek.. anak2 azi yuran je dah RM172.50. blom masuk beli buku tulis n tshirt lg tuh... apa2 pun gud luck utk Naim :-)

Unknown said...

hamboi segaknya naim ngn uniform sekolahnya tu....:)

su said...

nampak sesuatu yang baru la dalam gambar tu..lawa-lawa ..kaler dia pun lawa..

cahaya petunjuk said...

azi : memang pengalaman yang sangat menarik!
cikpuding : uniform segak, belajar kena segak jugak. hahahah..
suhaila : syhh.. syhh.. nanti kita sembang kat dalam keta yer. malu la i..