"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah."
(Al-Ahzab : 21)
(Al-Ahzab : 21)
==========================================================================================
Naim dah start tido bilik dia awal minggu ni. Rasanya dah ramai anak yang tido asing ngan mak ayah. Aku jer baru start kat Naim. Shahizul citer kat aku, anak dia umur 4 tahun dah asingkan bilik tido. Tak sampai lak hati aku nak buat cenggitu. Rasa cam awal sangat. Ni pon rasa kesian + rindu Naim dah tido kat bilik dia. Ni lom lagi duduk asrama. Hahahahah.. maknye pulak yang lebih-lebih. Anak ok je.
"Dah 7 tahun nanti Naim tido sorang", itu janji Naim dan Naim memang seorang insan yang berpegang pada janji. Alhamdulillah.
So pagi-pagi seawal jam 6 kena kejut Naim. Nanti nak skolah pun kena bangun time tu jugak. Lepas Naim mengalunkan qamat, kami bertiga sama-sama berjemaah Subuh. Itu janji aku pada diri aku. Dah 7 tahun, kena amalkan sembahyang 5 waktu. 10 tahun dah boleh pukul kalau tak sembahyang. Amanah Allah ni tanggungjawab besar buat aku. Jangan disia-siakan. Mati nanti banyak yang aku kena jawab. Moga aku berupaya menggalas tanggungjawab besar ni.
Naim lak spesies kanak-kanak yang memang tak suka tido. So dah bangun subuh tu tak tido balik. Cargas. Alhamdulillah. Itu yang aku nak. Arwah ayah selalu berpesan, jangan tido selepas subuh, mewarisi kepapaan. Itu yang aku amalkan hingga kini dan itu yang aku cuba tanamkan pada anak-anak. Jangan tido selepas subuh dan selepas waktu asar (anak kecik dakpe).
Aku akan cuba semampunya. Moga Allah memberikanku kekuatan. Semoga anak-anak aku menjadi insan soleh dan solehah.
Esok Naim ada Ujian Diagnostik. Tadi tengok Battle B-Daman. Pastu Doraemon. Sekarang tengok Hagemaru. Hmm.. pukul bape lak nak buat revision nih. Aku ngantuk dah ni. Anak memang steady. As if nothing will happen tomorrow. Nama lagi kanak-kanak. Takde apa yang serius dalam hidupnya. Maknye dah tak steady. Uh.. bukan senang menjadi seorang ibu..
2 comments:
"bukan senang menjadi seorang ibu..."
macam2 perasaan ibu kat nak dia nih.
insya'allah..sama2lah kita jadik ibu yang terbaik untuk anak2 kita.
kita cuba yang terbaik my dear..
Post a Comment