"Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (daripada sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.(Wali-wali Allah itu ialah) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa."
(Yunus : 62-63)
(Yunus : 62-63)
==========================================================================================
Aku hold dulu citer 1st day school Naim. Nak citer kisah yang mendebarkan dan hampir meluruhkan jantung aku dulu..
Kejadian ni berlaku petang Ahad lepas. Di kala itu kami sekeluarga ke IOI Shopping Mall dengan tujuan shopping kecil-kecilan. Kecil-kecilan je tau.. aku mana suka shopping shopping nih. Bukan hobi aku tuh. Hobi aku membaca, berkenalan dan mengumpul setem.
Barang yang dihajati sudah dibeli. Secara tak sengaja kami telah melalui Jaya Jusco. Diulangi.. secara tak sengaja kami telah melalui Jaya Jusco. Kelihatan banyak kenyataan 'Today last day sale' --> pelik tol aku. Ada ke cenggitu tulisnya. Bukan hari-hari sale ke? Patutnya tulisla 'Today last day cheap sale'.
Sambung balik babak tadi. Memula aku couldn't care less dengan keyataan berunsur menggoda itu. Tapi bila nengok sampai cecah 70% imanku dah tergugat. Tapi walaupun tergugat aku tidaklah rakus menerpa ke arah kenyataan tersebut. Masih rasional untuk membaca barangan apakah yang menawarkan harga semurah itu. Kalo setakat stereng keta offer cenggitu, takde nye aku nak pi terjah tang tu.
Anak mata melihat barang tersebut.. bath mat, rug.. Ann Taylor.. wow!!!! (sila baca seperti nada Husin Lempoyang Saudagar Unta terkejut ketika Jamal Pak Tongko hendak membeli hambanya dalam cerita 3 Abdul)
Kali ni memang menggugat imanku.
Kami turun melalui escalator (baca : tiada seorang pun yang memakai kasut Crocs). Tanpa aku sedari aku sudah berada di kawasan jualan murah tersebut. Sungguh ajaib rasanya. Lepas pilih punya pilih aku pun masuk queue nak bayo.
Dengan lemah lembut aku menyelak handbag putih baruku (handbag baru perlu stressed sebab ni handbag hadiah.. ahaks!). Aik? Apsal handbag aku ni terbukak zip? Bila kala lak aku bukak?
Yang buat lagi magik.. mane pulok purse aku nih? Hati dah rasa tak sedap. Tangan dah hampir gigil. Jantung dah berdegup kencang. Aiseh! Purse hantaran kawin aku takde!! Hilangggg!!!!!!
Dengan muka pucat kesi aku talipon hubby aku yang berada agak kejauhan dari kerumunan cheap sale tersebut. Rug and bath mat? Ah! Persetankan semua itu! Campak jelah mana sempat.
Banyak entiti penting dalam purse tu wehhh.. memang abis ler aku kalo purse tu ilang. Betol tak Saba?
Aku memang takleh nak recall kat mana tercicir. Dalam keadaan gubra tu takde apa yang ingat. Aku kol umah, mintak maid aku check kalau-kalau ada kat rumah. Yilek katanya. Arghhhh!!!!
Lepas berdiskusi pantas dengan hubby kadar Gaban-Z menukar kostumnya, kami naik ke rooftop parking. Alangkah bahagianya kalo aku ada hikmat I Dream of Jeannie. Sekali bling aku dah ada depan kereta. Tapi itu semua khayalan.
Mulut aku memang tak berenti baca Ayat Kursi dan selawat. Takde yang boleh tolong aku melainkan Allah.
Sampai kat keta.. jeng jeng jeng!!!
Kelihatan purse aku bersemayam kat tempat co-pilot. Hah.. speechless.. ni memang gempak hindu betoi!
Rupanya aku keluarkan purse tu masa nak bayar tol Puchong. Pastu dengan tak fokusnya aku main letak je purse tu.
Jadi, apakah pengajaran daripada kejadian ini? Pengajarannya : hapuskan saja tol agar kejadian hampir kehilangan purse ini tidak berlaku lagi.
4 comments:
tgk tuuu..tol plakk yg disalahkannya...x sesuweii tau...:P
hahahah baca dgn penuh perasaan..nurul hang bleh karang komik.
cikpuding,
hahahah.. memenag tol yang bersalah.
zie,
tak cukup komik lagi ni zie ;-)
haha..betul tu k norul...Sopia pun selalu mrh kecil2 dulu..kenapa ibu kakak tu asyik mtk duit jer...
Post a Comment