Thursday, January 22, 2009

bila diri disayangi.. last episode

"Dan ada lagi limpah kurnia yang lain, yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya) dan sampaikanlah berita yang menggembirakan itu kepada orang² yang beriman."

(As-Sof : 13)

==============================================================

aku muhasabah balik.. kenapa aku tak dapat jumpa specialist feveret aku.. hmm.. maybe aku tak bersungguh untuk mencapai tujuan aku.. tak buat smayang hajat seperti sepatutnya.. yang ni dah lama aku noticed.. aku takkan dapat sesuatu dengan mudah.. aku kena usaha keras.. baru Allah mudahkan jalan aku..


muhasabah lagi.. kenapa ada lymph node tu?

1) Allah sayangkan aku.. Allah nak aku dekat padaNya.. sentiasa beribadat padaNya.. ingat padaNya.. amalkan suruhanNya.. tinggalkan laranganNya.. sembahyang di awal waktu.. jangan lalai.. sebab tu bila aku ada buat silap.. cepat² Allah bagi musibah kat aku.. mata aku dah berkaca..

2) aku tak jaga makan

3) Allah sayangkan aku

4)
Allah sayangkan aku

5)
Allah sayangkan aku

Allah Maha Berkuasa.. aku tau.. Allah mampu adakan sesuatu daripada tiada.. Allah jua mampu tiadakan sesuatu daripada ada.. aku tau tak mustahil untuk Allah mengilangkan lymph node tu tanpa sebarang treatment.. aku tau semua tu.. aku tau.. walau apa pun yang berlaku.. aku redha.. dan aku tau Allah sayangkan aku..

bila aku baca Bertemu Janji Allah.. aku rasa aku rindu sangat nak bertemu dengan Maha Pencipta walaupun aku tau dosa aku banyak.. adakah dah memang dekat untuk aku bertemu Allah? ish.. aku belum bersedia.. takut pulak rasanya..

apa² pun aku yakin Allah sentiasa bersama aku.. Allah sayangkan aku.. Allah buat semua ni adalah terbaik untuk aku.. harapan dan doa aku cuma satu.. lymph node tu bukan sel yang menakutkan tu..

Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malamku
Tak akan ku jemu menyebut namaMu

Tiada batasan waktu
Tiada tempatMu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan kasih
Merubah takdir


Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namaMu, terasa diriku
Kembali dipandu

Engkau pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan Engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayangMu
Ku berserah diri

7 comments:

Anonymous said...

Nono, semoga Nono sihat dan ceria selalu, insyaallah.

Fara said...

kak nono, fara doakan yg terbaik utk akak.. AMIN and take a gud care of urself sis..

KLMJ said...

Nono, tabahkan hati, kuatkan iman. Yakinlah Allah sentiasa kurniakan yg terbaik utk setiap hambaNya, cuma kedangkalan akal kita tidak mampu menduga apa hikmah disebalik sesuatu kejadian. Aku doakan semoga cepat sembuh dan sihat seperti biasa. Tiada yg mustahil bagi Allah...

Anonymous said...

Nono,
Ya Allah, naza harap sangat2 that you'll be alright. Naza bace pon sebak. Masa Ina inform tadi, dah rasa resah semacam jek. I'll pray for your recovery Nono. Take care and keep us updated ye

cahaya petunjuk said...

buat semua,
terima kasih banyak-banyak. terharu sebenarnya. moga kita semua diberi kekuatan untuk menghadapi apa sahaja dugaan hidup ini. insyaAllah takde apa yang worst.. insyaAllah.

terima kasih lagi sekali.

Baizah said...

salam nono....baizah doakan yg terbaik buat nono.. Amin...
take care ya!

cahaya petunjuk said...

terima kasih baizah.. take care 2 u 2!