"Wahai org² yg beriman! Mahukah kamu aku tunjukkan sst perniagaan yg boleh menyelamatkan kamu dari azab siksa yg tidak terperi sakitnya? Iaitu kamu beriman kpd Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang dlm membela & menegakkan agama Allah dgn harta benda & diri kamu; yg demikian itulah yg lebih baik bg kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yg sebenarnya)."
(As-Sof : 10-11)
(As-Sof : 10-11)
==============================================================
aku tau Kak Long risau.. dia dah call kawan² dia cari nombor tipon specialist tu.. kata dia.. dia nak bercakap sendiri ngan specialist tu..
once Kak Long pernah soh aku tanya specialist tu.. masa tu aku baru abis chemo + radio.. aku nak kena buat bone marrow transplant ke? (pemindahan sum sum tulang).. sebab kata Kak Long tu antara cara nak avoid cancer ni relapse (nak sebut perkataan ni pun aku gerun).. but specialist tu kata no need..
kalau Kak Long risau.. aku lagi la risau.. tapi entahlah.. aku bukan give up.. takde istilah give up dalam diri aku.. aku tetap akan berjuang hingga ke titisan darah terakhir.. ikhtiar dan terus ikhtiar.. dan tawakkal padaNya.. cuma aku rasa cam.. entahlah.. sukar nak digambarkan dengan kata²..
aku jadi sentimental bila tengok muka my dear Naim Najwa.. muka anak² yang tak berdosa dan tak tahu apa² pasal keadaan aku.. bila aku pegi hospital Naim akan tanya.. 'Mama sakit apa? Nanti Naim besar Naim jadi doktor. Naim ubatkan Mama. Mama takyah pegi hospital lagi'.. walhal dia tak tau pasal sakit aku.. dan.. kalau betol anak aku jadi doktor.. tak taula dia sempat ke tak nak rawat aku.. macam mana mata aku tak berkaca.. macam mana aku tak sentimental..
kadang² kepala aku ni pikir jugak kalau aku 'pergi' dulu.. di kala anak² aku kecik lagi.. memang aku serahkan pada Allah.. cuma aku takleh nak bayangkan mereka tanpa aku.. tanpa aku.. bersediakah mereka? Naim yang sangat manja ngan aku.. tido pun peluk aku lagi.. Najwa suka sangat cium pipi dahi aku.. anak² aku yang slalu tolong aku.. selalu buat kerja sama².. tolong aku kemas baju.. pegang baju aku bila naik tangga.. beratur belakang aku main keretapi.. lumba lari sesama.. lumba sape minum air cepat.. dan macam² kenangan yang akan bermain-main di fikiran mereka..
'Naim nak mama..'
'Adik nak mama..'
itu yang buat mata aku berkaca.. dan berkaca..
aku tak bagitau mak.. tak sampai hati.. aku taknak dia susah hati.. memula pun aku malas nak bagitau Kak Long but aku rasa tak kena.. aku tak bagitau Abang Dan.. aku tak bagitau Mi.. dan adik aku..
memula aku pun malas nak tulis dalam blog.. nanti ada sahabat² yang baca entry aku ni akan susah hati.. dan aku tau sape yang aku maksudkan tu.. but my dear friends.. aku ok.. aku memang ok.. aku boleh terima apa sahaja ujian yang Allah berikan pada aku.. aku redha akan setiap ketentuanNya..
cuma aku dah tak sanggup lagi nak ulangi sepertimana aku pernah lalui satu ketika dulu..
to be continued.....
No comments:
Post a Comment