"Makanlah yang halal lagi baik dari rezeki yang telah diberikan Allah kepadamu; dan syukurilah nikmat Allah, sesungguhnya hanya kepadaNya kamu menyembah."
(An-Nahl : 114)
(An-Nahl : 114)
==============================================================
pertama sekali aku nak ucapkan berbanyak terima kasih buat semua sahabat yang mendoakan aku.. my dear Ina yang terus kol aku bertanyakan khabar.. concern ngan aku lepas baca entry aku yang sebelum ni.. terima kasih banyak-banyak..
dun weri.. insyaAllah aku ok.. Allah kan ada.. but anyway sementelah aku dah menyentuh hal ni.. aku nak amik kesempatan jugak untuk memohon pada sahabat-sahabat yang membaca entry aku kali ni.. aku pohon kemaafan kalau-kalau aku ada menyakiti hati antara kalian.. tidak kira samada melalui lisan ataupun tulisan.. tak pernah bermaksud untuk menyakiti hati sesiapa.. aku hanyalah hamba Allah yang cuba untuk menegakkan agamaNya dengan apa cara jua sekalipun..
dan andaikata satu hari nanti kalian mendapat berita tentang kepulangan aku menemuiNya.. sedekahkanlah Al-Fatihah untuk aku ye.. itu je yang aku mintak.. itu je.. tak lebih dari itu..
oppsss.. jangan sedih.. jangan salah paham.. setiap manusia seharusnya mengingati mati paling kurang sekali sehari kan.. itu niat aku.. tak lebih dari itu..
dun weri.. aku bukannya give up.. takde istilah give up dalam diri aku kan.. aku ok nih.. boleh senyum.. boleh bergurau berseloroh cam biasa.. nothing different ;-)
ok.. merujuk kepada topik seperti di atas..
aku rasa hepi sangat.. hepi dan hiba bilamana doa aku selama ni dimakbulkan Allah..
camni ceritanya..
aku ada seorang sahabat.. perkenalan kami dah hampir mencecah 14 tahun.. aku dah lost contact ngan dia until one day aku jumpa dia lebih kurang 4 tahun lepas dalam satu majlis.. dan sad to say.. dia dah berubah.. totally different.. dia masih layan aku sepertimana kami berkawan satu ketika dulu cuma.. perubahan pada diri dia yang membuatkan aku begitu sedih.. dia dah tak macam dia yang aku kenal sebelum ini.. dressing.. dan segala segi yang tak perlulah aku nyatakan kat sini.. terpaku aku seketika.. betul-betul tepaku tapi aku buat as if nothing happen..
tapi.. baru 2 hari lepas melalui emelnya aku mendapat tahu yang dia telah pun 'berhijrah'.. ya Allah.. hiba sangat rasanya.. sangat hiba.. rasa nak menitik airmata aku..
selama ni aku sering mendoakan moga Allah memberi hidayah kepadanya.. janganlah dijauhkan dia daripadaMu.. ya Allah.. sesungguhnya Allah Maha Penyayang.. hati aku tak berhenti mengucapkan syukur.. hanya alhamdulillah yang mampu aku ungkapkan.. dan keinsafan yang sangat menebal.. lebih menginsafkan lagi apabila dia mengatakan pembacaannya melalui blog aku merupakan antara punca 'penghijrahannya'.. ya Allah.. sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa..
tak pernah aku menyangka blog yang tak punya apa ni mampu menarik seorang sahabat aku untuk berhijrah..
tapi entry aku kali ni aku bukanlah nak bercerita pasal blog ni..
aku sayangkan sahabat-sahabat aku.. sayang kerana Allah.. sekali seseorang insan itu menjadi sahabat aku.. seumur hidup dia akan menjadi sahabat aku.. dan aku sangat berharap kita semua dapat berjumpa di dunia lain nanti dalam keadaan yang disukai Allah.. sebab tulah perasaan hiba dan hepi tu datang bilamana aku mengetahui sahabat aku telah 'berhijrah'..
buat sahabat aku yang sedang membaca entry ini.. teruskan usahamu.. there is no turning back.. mulakan hidupmu yang baru.. sahabat.. hingga hujung nyawaku.. aku sentiasa berdiri di belakangmu menyokongmu.. lakukannya demi Allah.. pahatkan kemas di hatimu hanya Allah di hatimu.. dan biarkanlah ia kekal menjadi cinta di dalam hatimu!
1 comment:
Dirimu ibarat lilin...
Post a Comment