Monday, December 15, 2008

antara dua darjat

"Tahukah kamu apakh sijjin itu? (Ialah) kitab yang bertulis. Kecelakaan yang besarlah pada hari itu bagi orang² yang mendustakan, (iaitu) orang² yang mendustakan hari pembalasan."

(Al-Mutaffifin : 8-11)

==============================================================

satu hari aku dapat sepucuk surat.. ia bukanlah surat cinta.. tak taulah nak masuk kategori apa surat nih.. begini bunyinya..



(LETTERHEAD COMPANY INSURANS)

02 Dis 2008

NAMA : (NAMA PENUH AKU)
ALAMAT : (ALAMAT RUMAHKU)


Tuan/Puan,


PENOLAKAN PERMOHONAN XXX
NO RUJ : XXX
NAMA PESERTA : NAJWA BINTI SALMAN

Adalah kami dengan segala hormatnya merujuk permohonan tuan/puan untuk menyertai pelan XXX dengan Syarikat kami.

Dukacita dimaklumkan bahawa pihak kami tidak dapat menerima permohonan tuan/puan di atas berdasarkan kepada kesihatan tuan/puan sekarang. Dengan itu, pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih ke atas permohonan dan kerjasama yang telah tuan/puan berikan kepada kami.

Sekiranya terdapat sumbangan yang telah dijelaskan akan pihak kami pulangkan kepada pihak tuan/puan secepat mungkin.

Sekian terima kasih.

Yang benar,
XXX


tak perlula aku nyatakan company mana..

terkejut jugak aku.. bukan apa.. sian kat my dear Najwa.. hanya kerana aku bekas pesakit kanser.. insurans tu tak boleh cover Najwa.. maybe company tu pun nak play safe but.. kalo camni gaya.. aku rasa sampai bila² pun nasib org² seperti Najwa ni tak terbela..

my dear yang very cheeky

cuma aku bernasib baik sebab Najwa masih punya ayah yang boleh replace tempat aku.. dan aku bernasib baik sebab government cover kalau sakit demam Najwa.. tak kira berapa amaunnya.. alhamdulillah.. syukur pada Allah..


my dear ni very analitical and independent

takpe Dik.. orang taknak cover Adik sebab Mama pun takpe.. selagi hayat Mama ada.. insyaAllah saving untuk anak² Mama will run smoothly.. kalau Mama takde pun.. Mama tau Allah akan jaga anak² Mama.. Allah sentiasa ada untuk anak² Mama..

kau kesayanganku

aku tak harapkan ihsan sesiapa.. pasti ada penyelesaiannya.. dan ada hikmah di sebaliknya.. Allah pasti bersama aku!

5 comments:

Munajah Cinta said...

perjuangan yang belum selesai...
* makin besar makin comel najwa

cahaya petunjuk said...

berjuang hingga ke titisan darah terakhir..

Anonymous said...

x per nono...apa kata try ngan company lain pulak... comel la Najwa ni....
-dila-

Anonymous said...

Kekadang hukum donia ni mmg x adil! cian najwa yg comei ni.. xpe knrl.. Allah Maha Adil..Nasib najwa akan tetap terbela..

cahaya petunjuk said...

insyaAllah..