Monday, December 15, 2008

hatiku tetap puas

"Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Qur'an yang diturunkan oleh Allah) Ar-Rahman, Kami akan adakan baginya syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah ia temannya yang tidak renggang daripadanya."

(Az-Zukhruf : 36)

==============================================================

post ni aku tulis jumaat lepas but tah cemana tak buleh nak save..


hari ni hari jumaat.. cam biasa rehat kol 12.15 - 2.45 ptg.. aku drive hari ni.. but aku berusaha untuk dok opis time lunch hour.. jgn buat cubaan keluar.. bimbang banyak pulak yg aku berkenan di hati nanti.. eheheh..

aku turun lunch ngan Taroh.. uh.. minah ni mmg busy giler.. tak sempat aku nak sembang banyak² ngan dia.. sembang time makan jerk..

tanpa kuduga.. ada pulak org jual² kat tmpt makan tuh (betol ke tanpa kuduga.. hahahaha..) aiseh.. ni sume mendorong aku 'menjenguk' kat situ..

lepas makan kitorang ke tempat jual² tu..aku round² la.. pegang purse kemas² supaya tidak tergugat dengan item NICE TO HAVE.. heheh..

tengok kain baju.. ni memang agak susah untuk aku berkenan.. tengok tudung.. lagilah sukar untuk aku beli.. sebab aku ada Suhaila, agen tudung aku yang sangat pandai memilih dan membeli tudung from kelantan.. tak pernah lagi la aku beli tudung sendiri.. sumenya sub-con kat Che Su yang berwawasan.. hiks!

tapi sampai tang tupperware.. ada pulak yang aku berkenan.. aku ni memang pantang tengok tupperware.. barang yang dijual tu takde lak dalam catalog.. ala² kaca gitu.. siap dengan tray.. memang aku suka.. suka dan suka.. yang takde dalam catalog ni la yang lagi menggugat keimanan aku nih.. ala² collection gitu.. terok tol aku ni kan.. normal price RM89.. dia bagi RM60.. gulp! berkocak nafas di dada bila terpandangmu.. ahahahah..

dah mula dah aku dok telek.. cam biasa la.. dekat 20 minit aku kat situ.. sambil justify kewajaran membeli.. sambil imagine kalau aku memiliki barang tu.. siap imagine nak letak kat mana.. nak isi apa.. hahahahah.. aku memang gini.. suka betol imagine barang² yang aku berkenan.. tapi walaupun aku suka membeli.. aku bukanlah insan yang boleh terpengaruh ngan kata² saleswoman.. memang aku dengar cam concentrate.. acting jer tu.. amik ati.. but masa dia dok jual minyak tu.. masuk tinger kanan kluar tinger kiri jerk.. kepala aku memang ligat pikir.. beli ke tak.. nak bagi mak or mak mertua.. itulah yang sering ada dalam pikiran aku..


but.. alhamdulillah.. aku masih waras.. aku boleh pejam mata je blah dari situ.. tupperware ni walau cemana pun aku berkenan.. aku mesti consult Saba my dear sis untuk beli.. regular customer la katakan.. so.. selamat duit aku tang tu..

pehtu aku jalan lagi.. aku nampak batik cotton terengganu.. ada lak design yang aku berkenan.. actually aku dah beli design tu.. nak bagi hadiah kat mak mertua aku.. but big bos aku promoted baru ni.. tak sempat nak cari barang untuk bos aku.. aku rembat dulu yang tuh bagi kat dia.. memang aku plan nak cari ganti untuk MIL aku.. cuma belom tiba masanya.. sebab apa aku bagi kat MIL aku? sebab aku dah belikan kat mak.. so MIL pun kena ada sama..

so.. bila dah nampak ni.. ah.. goyah dah hati ini.. cam biasa la aku nih.. lepas telek dalam 20 minit dan justify lagi.. aku pun tanyala org yg jual tu.. ya kawan kawan.. tentu kawan² boleh teka apa yg saya tanyakan..

dah boleh teka? ya.. 10 markah untuk kawan² semua.. 'Boleh tak saya booking dulu?' dah jadi minah booking aku nih.. hahahahah.. dia yes jerk.. and siap mintak kontek number aku lagi..


padahal aku org terengganu.. aku boleh beli kat sana.. tambah pulak masa banjir bebaru ni banyak yang dijual lelong kat Pasar Besar Kedai Payang tuh.. memang rasa rugi beli kat sini.. sebab harga of course lagi mahal.. but aku jarang balik terengganu.. balik raya jer.. ni lagi la.. nak balik cemana.. boleh cuti ke tak pun aku tak tau..

pehtu nampak lak roti arab.. hmm menarik jugak kalo beli kat mak aku (mak aku ada kat sini - kak long aku bersalin).. beli kat abang aku and Puan Muni.. nak balas pemberian Puan Muni tempohari.. peh tu nampak lak kek coklat.. beli jugak untuk abang aku.. nak singgah umah abang aku petang ni.. terbayang-bayang muka anak² menakan aku.. aku tau anak² menakan aku ni suka kek..

mak aku selalu pesan.. 'Kalau kita pegi umah orang.. bawakla sumthing.. sikit pun takpe.. murah pun takpe.. jangan pegi dengan tangan kosong'.. dan pesan itulah yg aku bawak sampai sekarang.. gitu jugakla aku pesan kat my dear Naim.. walaupun dia tak paham.. but aku nak sematkan sifat tu kat dia..


tapi jangan tak caya.. sambil dok membeli ni.. kepala aku still pikir wajar tak aku gi booking baju tadi.. sambil² pikir tu aku leh lagi nengok bedsheet and so on.. dan peristiwa lama berulang kembali..

aku pegi balik kat akak yang jual kain tadi and.. cancel booking.. wakakakakaka.. aku pun tak taulah.. nak gelak pun ada.. nak muhasabah diri pun ada.. gatal sangat nak booking pehtu cancel lak.. sib baik dia tak marah aku..

kesimpulan yang aku boleh buat kat diri aku ialah.. aku ni memang suka membeli.. kata mak aku bila aku nak gi kedai.. 'Tu nak gi ngabiskan barang kedai la tuh..' hiks!

so penuhla kiri kanan aku ngan barang² yang dibeli.. Taroh tanya kau.. 'Mana barang hampa?' baru aku noticed.. takde pun barang aku.. aku cuma beli kat orang.. dan aku rasa perkara tu sering berulang dalam hidup aku..

takpe.. aku puas bila dapat bagi sumthing kat orang.. walaupun nilainya kecik..

2 comments:

Munajah Cinta said...

puas hati bila org lain hepi ;))

cahaya petunjuk said...

ya betolll!