Monday, December 15, 2008

cintaku terpatri... part 1

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu sebuah kitab (Al-Qur'an) yang mengandungi perkara yang yang menimbulkan sebutan baik dan kelebihan untuk kamu, maka mengapa kamu tidak memahaminya (dan bersyukur akan nikmat yang besar itu)?"

(Al-Anbiya' : 10)

==============================================================

sharing is caring.. maka dengan itu aku nak share sumthing untuk entry aku kali ni.. share sebab ramai yang bertanya..

banyak kali aku ditanya.. cemana aku boleh terima kenyataan yang aku merupakan pesakit kanser.. cemana aku hadapi kenyataan tu.. cemana aku boleh teruskan hidup ni.. takde ke rasa sedih.. rasa give up.. rasa pasrah..

untuk pengetahuan sahabat² aku yang begitu concern ngan aku.. aku revealed perasaan aku ketika itu..
singkap kembali detik itu..

once aku tau aku pengidap kanser.. aku taknak jumpa sesiapa.. taknak bagitau sesiapa.. taknak orang datang lawat aku.. taknak orang tau aku sakit.. taknak taknak taknak!!! sume aku taknak.. yang aku tau menung sana menung sini.. aku rasa aku dah tak macam orang lain.. aku tak tau apa yang patut aku lakukan.. perlu ke aku menangis?

apa yang ada dalam kepala aku hanyalah.. aku nak kena sediakan kain kapan untuk diriku sendiri!!! aku pada ketika itu di era tidak dapat menerima kenyataan yang aku merupakan pesakit kanser..


jangan tak caya.. aku pernah merasai sume itu.. pernah dan sangat pernah.. percaya atau tidak.. rasa down yang teramat sangat pernah wujud dalam hidup aku.. rasa nak lari dari sume orang.. but aku rasa sesiapa saja yang mendapat musibah sakit ni pasti mengalami apa yang aku rasa.. bukan senang untuk menerima kenyataan.. bukan senang untuk memperoleh kekuatan jiwa..

tarik nafas dulu..

ketika aku di wad HKL.. aku banyak dibekalkan dengan buku² agama.. itu pendekatan yang kak long berikan.. dan antara buku yang dibekalkan ialah Doa & Rawatan Penyakit (i) karya Dr Amran Kasimin & Dato' Dr Haron Din.. kata kak long buku ni 2 siri.. tapi 1 je yang dia jumpa.. so yang tu je yang dia bagi kat aku.. kak long aku ni klon arwah ayah aku cuma versi jer berbeza.. versi perempuan.. kalo boleh bagi nyawa.. nyawa dia pun dia bagi kat aku..



satu malam di HKL.. selepas dapat injection steroid daripada nurse (uh.. kalo orang tanya aku memang aku boleh stori A-Z proses treatment aku.. takkan kulupa hingga ke akhir hayat).. aku baca Doa & Rawatan Penyakit (i).. belom lagi masuk kaedah rawatan.. baru je baca Pendahuluan buku tu.. sampai topik Rahsia Qada' dan Qadar Ilahi.. airmataku bergenang.. rasa macam aku di awang-awangan.. tak tau kat mana aku masa tu.. aku rasa malu.. aku rasa takut.. aku rasa hina.. aku rasa hiba.. aku rasa kerdil.. pada sape? tak lain tak bukan.. pada Maha Pencipta.. Allah Azzawajalla.. tak dapat aku gambarkan dengan kata²..

page Pendahuluan tu tak banyak.. 4 pages jer.. tapi memberi impak yang sangat mendalam dalam hidup aku.. memberi semangat juang pada aku.. membangunkan aku teguh umpama tiang yang tak bisa patah.. memberi satu kehidupan baru buatku.. memberi satu kekuatan kepadaku.. sesungguhnya kekuatan jiwa hanyalah dariNya!

kata kak long.. buku tu kak long hadiahkan kepadaku.. but aku nekad aku mesti dapatkan buku ni.. MUST HAVE! aku nak anak² aku tau apa itu qada' dan qadar dari Allah bila dah besar nanti.. dan perlunya kita redha dengan setiap kurniaanNya..

memang susah nak jumpa buku ni.. aku pegi Darussyifa' pun takde buku ni.. but finally.. alhamdulillah aku jumpa buku ni kat Warta Bangi.. masa tu satu je yang tinggal.. tak kira dah aku masa tu.. terus beli walaupun cash kat tangan aku tak banyak.. takpe.. Allah tau nawaitu aku.. aku yakin duit yang aku spend tu Allah akan bagi dengan cara lain.. dan.. memang betul.. Allah Maha Penyayang.. dan aku tau Allah amat sayangkan aku!


now bila ada insan yang sakit dan memerlukan advice aku.. memang aku suggest beli buku berkulit tebal ni.. kalau boleh aku nak hadiahkan buku ni kat sahabat² aku yang memerlukan but memang susah nak cari buku nih..

tapi buat rakan² aku di luar sana.. walaupun tak sakit.. aku rasa buku ni sangat bagus dimiliki.. tak rugi.. aku paste antara isi kandungan
Rahsia Qada' dan Qadar Ilahi seperti yang tertulis dalam buku tu..

c. Bala atau bencana yang diturunkan Allah itu adakalanya merupakan kifarah (balasan Allah swt di dunia ke atas hambaNya akibat dosa yang dilakukan). Allah mahukan sesuatu yang baik berlaku ke atasnya, di mana balasan itu dilakukan dengan segera, iaitu ketika manusia masih hidup lagi. Maha Mulia Allah daripada mengazab seseorang hamba itu dua kali, iaitu di dunia dan di akhirat akibat satu dosa yang dilakukan.

Bencana yang menimpa seseorang hamba, samada merupakan kematian, kesakitan, kehilangan harta benda, kehilangan pancaindera dan sebagainya terlalu ringan berbanding dengan siksa Allah di akhirat kelak. Kerana itulah sakit yang dideritai oleh seseorang itu ada kalanya tidak sembuh-sembuh biarpun pelbagai usaha rawatan telah dilakukan kerana ia merupakan kifarah Allah, yang setimpal dengan dosa-dosa yang dilakukan menurut qada' dan qadar Allah. Penyakit itu akan hanya sembuh setelah tempoh kifarah itu sempurna mengikut ketentuan Allah.

d. Seseorang hamba itu adakalanya tidak berupaya mencapai maqam yang lebih tinggi di sisi Allah berdasarkan amalan-amalannya. Kerana itulah, untuk meletakkan ke satu maqam yang lebih tinggi, ia dikenakan dugaan. Dalam masa yang sama Allah memberi kekuatan dan kesabaran. Dengan itu ia akhirnya diangkat ke satu maqam yang lebih tinggi.

f. Hamba yang ditakdirkan buta atau cacat anggota sejak dilahirkan itu mungkin akan menjadi manusia yang sentiasa mengingati Allah, tidak melakukan dosa yang akhirnya menjadi penghuni syurga. Andainya ia ditakdirkan tidak buta atau tidak cacat anggota, ia berkemungkinan melakukan dosa², kerana ia mempunyai keupayaan dan berpeluang berbuat demikian kerana cukup anggota tetapi akhirnya ia menjadi salah seorang penghuni neraka. Allah mengasihaninya, iaitu dengan menurunkan bala (buta dan cacat) yang amat menyeksa pada pengamatan mata zahir kepadanya, tetapi akhirnya dia menjadi penghuni syurga. Andainya rahsia² seperti itu dimaklumi manusia, tentunya manusia akan memilih cacat anggota ataupun buta, daripada sempurna anggota tetapi bergelumang dosa kerana nikmat dunia ini adalah untuk sementara waktu. Dunia hanya tempat laluan, untuk menuju ke alam hakiki lagi abadi. Namun rahsia² seumpama ini adalah di luar kuasa manusia untuk mengetahui.

Hebat! airmataku tak putus² mengalir.. betapa sayangnya Allah pada aku.. betapa sayangnya Allah pada hambaNya..

aku tau musibah ini satu kifarah untuk aku.. dan.. petikan itulah merupakan titik tolak semangat juang aku.. susah aku nak explain kat orang cemana hanya dengan pembacaan seringkas itu aku boleh tune hati aku.. tapi itulah kekuasaan Allah.. sekelip mata Dia boleh bolak balikkan hati hambaNya.. apa yang perlu dilakukan oleh hambaNya hanyalah satu.. iaitu.. doa.. doa dan doa.. jangan sesekali lari dari jalan Allah..

kak long banyak kali pesan kat aku.. walau macam mana kasih manusia pada manusia lain.. tapi manusia tak berupaya mengubah takdir.. manusia hanya mampu berdoa.. tak lebih dari itu.. macam tu jugak kak long dan family aku.. tiada upaya untuk menanggung sakitku.. hanya mampu berdoa dan memikul perasaan sakit.. hanya perasaan sahaja tapi yang menanggung tetap aku seorang.. dan aku tak salahkan manusia kerana hanya itu yang mampu dilakukan oleh manusia.. terbatas kan keupayaan manusia yang kerdil ini..

sekali lagi Allah tune hati aku.. Allah menyedarkan aku bahawa manusia ini sangat hina dan sangat kerdil.. kasih sayang yang diberikan hanyalah sementara dan sangat terbatas.. dan aku akui kasih sayang Allah mengatasi kasih sayang sesama manusia!

dan.. aku amat menyayangi Maha Pencipta.. aku bermohon supaya dipeliharakan aku daripada kemungkaran di dunia ini.. aku amat merindui untuk bertemu Maha Pencipta meskipun aku tau aku banyak berbuat dosa.. ya Allah.. hiba betul hati ini..

sungguh aku katakan bila aku baca buku tu.. aku realized.. yang aku dah jauh dengan Maha Pencipta.. kerana itulah aku mempunyai perasaan seolah-olah tidak dapat menerima kenyataan yang aku sakit.. aku hilang arah.. aku dah banyak meninggalkan apa yang pernah kulakukan sebelum ini.. aku seolah-olah lupa apa itu qada' dan qadar dari Allah yang merupakan Rukun Iman keenam.. Astaghfirullahal'azim..

dan.. kerana itulah Allah memberi musibah pada aku.. Allah sayangkan aku! itu yang membuatkan aku hiba teramat sangat..

buat sahabat² aku yang membaca post aku kali ini.. ingin aku nyatakan di sini.. sesungguhnya aku amat bersyukur dengan musibah yang Allah berikan padaku.. sangat bersyukur.. memang banyak perubahan pada diri aku.. itu aku sendiri yang dapat rasakan yang sukar untuk aku hebahkan di sini.. apa yang boleh kukatakan hanyalah.. aku redha dengan setiap kurniaanNya..

maka dengan itu di kesempatan ini.. nak aku nyatakan di sini.. andainya kalian ditimpa musibah.. tidak kira bentuk musibah.. janganlah berdukacita.. muhasabahlah diri.. pasti ada puncanya.. tidak ada yang berlaku tanpa sebab.. dan Allah Maha Mengetahui kemampuan setiap hambaNya.. sematkan di hati kalian.. Allah sangat menyayangi kalian.. Allah sangat menyayangi hambaNya.. jauh sekali untuk menyiksa hambaNya.. fikirlah nikmat yang diberikanNya.. jangan hanya memikirkan musibah yang ditimpakan.. dalam pada itu berubahlah.. berubahlah ke arah kebaikan.. jagalah pergaulanmu.. auratmu.. lidahmu.. hatimu.. perbuatanmu.. dan segala-galanya.. kerana musibah dari Allah itu boleh datang tanpa alarm..

2 comments:

su said...

Setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya...Allah Maha Pengasih.

Nono, terima kasih sebab revealed n share your experience.

Anonymous said...

Doakan moga Allah pun bukakan hati ini utk lebih mendekati-Nya....
TQ Nono....
-dila-