"Sesungguhnya bumi itu akan diwarisi oleh hamba²Ku yang soleh."
(Al-Anbiya' :105)
(Al-Anbiya' :105)
===============================================================
memandangkan ramai di kalangan sahabat² aku yang kata takleh nak buat pizza or roti kismis sbb takde oven.. maka kali ni aku post satu lagi menu yang tak memerlukan oven.. mudah dan cepat! mempersembahkan.. jeng jeng jeng.. MARIE CHEESE CAKE!!
pssttt.. menu fattening cake ni aku dapat drpd one of my bos bilamana dia bagi kat aku satu bekas (container plastik empat segi tuh) kek ni setelah aku puji kek tu sedap (dia dah bagi aku rasa 2 potong kek tu previously!).. aku tak makan but bawak balik sbb aku tau hubby aku misti suka kek² cenggini tajuknya.. yezzzzaaa seperti yang kujangka.. hubby aku suka betol so aku cuba buat and ia tetap menjadi antara favourite kek my hubby!
so the next few days tu aku buat lagi and bawak pi opis.. makanya ramai la yang telah jatuh cinta dengan kek itu.. so aku rasa adalah lebih afdhal untuk aku share bersama rakan² di luar sana.. anyway.. thank you very much to puan muni!!
Bahan²nya ialah :
♫ cream cheese (aku guna philadephia cream cheese).
♫ nestle cream (susah sket nak cari ni.. puan² boleh mencarinya di giant - kata member aku ia dijual bermusim).
♫ susu pekat (tak kisah la apa brand nya - aku nak cari cap junjung but takde lak time tuh).
♫ biskut marie (perasa kopi dan original - blasah jer tajuk apa pun.. aku nak beli both danone but coffee flavour tu takde lak danone so aku beli munchy's).
♫ parmesan cheese (terlupa lak nak amik gambo parmesan cheese tp saya percaya puan² telah mengenali paras rupa parmesan cheese).
Cara membuatnya :
- Masukkan sebuku cream cheese, satu tin nestle cream dan 1/3 tin susu pekat.
- Adun campuran hingga sebati (kalau takde mixer leh guna senduk or etc.. kek tetap menjadi cuma tangan jer lenguh sket.. sket jer..).
- Letakkan satu lapisan nipis adunan ke dalam bekas (tak kisahla bekas apa.. kalo nak bagi nampak cantik bekas transparent.. tak semestinya pyrex ye.. container plastik tu pun bulehhhhh.. hiks! psstt.. nak letak dlm tupperware pun ok but nanti nak potong kek nanti kang calar lak tupperware.. takut puan² sayang lak nilai tupperware tu!)
- Susun biskut marie atas lapisan adunan tadi. Kalau ada ruang kosong, patah²kan biskut marie tu.
- Letak lagi satu lapisan nipis adunan tadi ke atas susunan lapisan biskut marie.
- Susun lagi biskut marie macam sebelum ni. Kalau yang tadi guna perasa kopi, boleh letak marie original lak.
- Ulangi langkah (3) dan (4) hingga habis semua adunan tadi.
- Taburkan parmesan cheese di atasnya.
- Tutup dengan aluminium foil dan masukkan dalam peti ais.
- Selepas 2 jam (minima) bolehla menikmati hidangan yang high cholesterol ini.. hasilnya nanti jadilah camni..
12 comments:
nyum nyum nyum..sy pon mcm k nono gak, masak jenis2 gulai tk brp minat, tp wat mende gini suka sgt..sok nk try
menambahkan lagi menu biskut marie nihhh..kalau tak kek batik ngan puding marie je heheh nanti boleh cuba..
zam
aku telah meng"paste"kan resipi tu kat buku resipi aku tapi bila nak buat yer...wallahualam.
yatie,
menu harus cuba.. slamat mencuba!
zam,
lepas makan pasti nak lagi! pssttt.. piza hari tu jadi tak?
azwa,
u can do it! mudah jer ni.. soh nurin dok diam² jaga adik dia.. hiks!
kalau letak dlm peti ais berapa lama thn? kalau x de alumunium tuh...nk tutup ngn apa ye?
---dila--
tak kisah dila sbb dia remain dlm peti ais.. rasanya ikut expiry date bahan² tu kot.. hiks! tp kalau penggemar cheese garenti abis dlm masa 2-3 hari jer ;-)
takde aluminium pun takpe.. as long dia bertutup ^_^
ingat nk buat ,,,tp x dpt..nestle cream tuh x jumpa la...cr kt giant pun xada...biasa die kt tempt susu2kan..kalau ganti ngan creamer boleh kut..he..he...
-dila-
yummyyyyyyyyy! biler ntah la nak cuba ni..hiks
dila,
tak sama.. nestle cream tu jual kat bhn² nak buat kek.. dia bukan susu..
baizah,
mesti cuba.. menu mudah and cepat!
nampak sungguh menyelerakan betul...resepi dah copy...nanti harus cuba la pulak..heheh....tq for sharing da resepi...
fizah,
cuba jgn tak cuba!!!
huhuhu..katenya susu cairrrrr...boh satu tin ponblom tentu same rasanyeee..uwaaaaaa...nak beli lenkali high cost plus high cholestreollll!!-->mama khairulsss
Post a Comment