Wednesday, October 29, 2008

cerita makan lagi

"Ketahuilah bhw (yg dikatakan) kehidupan dunia itu tdk lain melainkan permainan & hiburan (yg melalaikan) serta perhiasan, juga (hidup yg bertujuan) bermegah-megah antara kamu (dgn kelebihan, kekuatan & bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda & anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah spt hujan yg (menumbuhkan tanaman yg menghijau subur) menjadikan penanamnya suka & tertarik hati kpd kesuburannya, kemudian tanam²an itu bergerak segar (ke suatu masa yg tertentu), slps itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; & (hendaklah diketahui lg, bhw) di akhirat ada azab yg berat (disediakan bg golongan yg hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), & (ada pula) keampunan bsr serta keredhaan dr Allah (disediakan bg org² yg mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah) bhw kehidupan dunia ini tdk lain hanyalah kesenangan bg org² yg terpedaya."

(Al-Hadid : 20)

==============================================================

~ iklan ~

aku suka nasyid ni.. sangat suka..
nasyid ni diperkenalkan kepada aku oleh tadika naim.. kanak² 5 tahun buat persembahan nasyid kat atas stage masa majlis penyampaian hadiah last year.. terpaku tgk kanak² yg umpama kain putih.. terpaku dgn liriknya.. hiba seketika.. terus tangkap cintan.. siapakah gerangan nasyid ini.. aeman.. baru aku tau aeman ni byk nasyid best!

cerita :

taman perumahan aku mempunyai ikatan ukhuwah yg sangat baik.. surau depan rumah aku sentiasa dihidupkan.. tiap waktu pasti kedengaran azan walaupun hari bekerja.. kanak² yang sudah mencapai umur baligh tetap menjalankan tanggungjawab mereka mengalunkan azan di ketika ibubapa mencari rezeki.. itu yg buat aku suka menetap di bandar bukit puchong.. komuniti sangat akrab..

sepanjang syawal.. ahli surau akan 'jalan raya' ke rumah² yang secara sukarela ingin diziarahi.. makanan untuk menjamu tetamu akan disediakan oleh tuan² rumah.. aku rasa tradisi ni masih diamalkan di kampung² tapi kat tempat aku tak pernah buat.. bila ahli² surau ni sampai.. ramai² berselawat.. memang bersemangat.. 'kami' rasa kuat.. Allahuakbar!

antara rumah yang diziarahi ialah rumah kak long aku.. kak long subcon je menu.. aku teringin lak rasanya nak buat sumthing.. maka aku buatla.. jeng jeng jeng.. marie cheese cake (aku bagi je nama dia.. tak taulah nama sebenarnya apa).. sambutan? sungguh menggalakkan.. hingga network neighbourhood mintak resepi dari kak long!.. dan tak kurang juga bisik².. boleh join secret recepi nih! ahaks! manusia mmg suka memuji..

heheheh.. macam yang pernah aku kata.. aku memang suka buat dessert daripada lauk pauk ;-)

2 comments:

Anonymous said...

uiii..jd chef kebelakangan ni yer k nono..

cahaya petunjuk said...

hiks! chef yg tak ikuti kelas memasak!