"Dan Dialah yang menurunkan hujan setelah mereka berputus asa, dan Dia pula menyebarkan rahmatNya merata-rata. Dan (ingatlah!) Dialah Pengawal (yang melimpahkan ihsanNya), Lagi Yang Amat Terpuji."
(As-Syura : 28)
(As-Syura : 28)
==============================================================
ni pulak aku penuhi permintaan rakan² yang nak cuba buat roti kismis.. buat tau!Bahan² :
700g tepung gandum
1 paket yis mauripan (11g)
70g mentega
1 camca teh garam
100g gula
1 biji telur
200ml susu cair
200ml air masak
100g kismis
50g buah² campuran
Parmesan cheese
Cara membuatnya :
- Campurkan tepung gandum dan yis. Adun sampai rata.
- Tambahkan air, adun lagi lebih kurang 5 minit.
- Masukkan gula, garam, telur, mentega dan susu. Adun lagi lebih kurang 10-15 minit.
- Masukkan kismis dan buah² campuran dalam adunan. Adun agar kismis dan buah² campuran tersebut rata. Tunggu lebih kurang 40 minit atau roti naik 2 kali ganda.
- Panaskan oven pada suhu 200-250 celcius.
- Sapukan loyang dengan mentega/marjerin.
- Timbang 60g adunan roti tersebut (sukatan lebih kurang satu sudu besar). Dirol tipis dan bentukkan mengikut sesuka hati.
- Letakkan pada loyang (peringatan : jgn terlalu rapat sbb roti akan mengembang bila dibakar).
- Taburkan sedikit parmesan cheese di atas roti tersebut.
- Tunggu sehingga 10-15 minit (nak bagi kembang baikkk punyerrrr).
- Bakar roti selama 20-30 minit.
- Siap untuk dihidang dan dimakan (sedap dimakan ketika masih panas).
sebenarnya kan.. tak semestinya letak kismis.. mak aku letak kurma.. pun sedap.. rasanya once dah tau buat roti kita leh alter ikut kesukaan kita.. aku ingat nak try letak cinnamon lak nanti.. peh tu sediakan chocolate.. e'clair gitu.. kalah dah auntie's anne.. hahahahah..
5 comments:
waaa...sedapnyer..!!!
canggih betul ni....lepas ni join venture ngan taroh..sorang juai kek..sorang juai riti..tak sabaqnya nak beli oven..
hehhhe..pandai nono.. leh bukak bakery... baizah tingin nak try..tp x der oven...kui!
pawer blog ni..boleh tukar² lagu ikut musim. ehehe
*baru nak diet...ada plak menu baru. Bila nak post menu Cheese the 'fattening' cake?
ina, kak effa & baizah,
menu kek tanpa menggunakan oven akan menyusul selepas ini.. tungguuuuuu..
encik salman,
blog ni mmg power tiada tandingan.. ;-))
Post a Comment