"Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti (oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak pinak, pangkat dan pengaruh), sehingga kamu masuk kubur. Jangan sesekali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)!
(At-Takathur : 1-3)
(At-Takathur : 1-3)
==============================================================
aku merupakan manusia yang suka mendengar masalah manusia lain.. pesen apa pun aku tak tau.. sedari kecik hingga ke saat ini.. aku memang gemar menyelesaikan masalah manusia.. andaikata masalah itu tidak dapat diselesaikan.. memberikan kelapangan dan menghilangkan keresahan orang pun susah memadai.. aku rasa puas dapat menenangkan individu yang bermasalah.. dan segala masalah itu kusimpan kemas di dalam hati.. kuabadikan dan kujadikan iktibar untuk diriku sendiri..
pada pagi ini tergerak hati aku nak menulis satu post.. tajuk post pun tak terfikir lagi.. ia berkisar tentang dunia kehidupan manusia.. masalah sejagat.. masalah yang tidak dialami oleh insan yang bernama kanak²..
aku sering ditanya tentang perkahwinan.. apa pendapat aku sebagai acting cik sri siantan..
err.. aku menulis bukanlah kerana terdorong oleh masalah artis yang tengah top sekarang.. tidak ada kena-mengena langsung dengan kes tersebut.. aku menulis sbb aku rasa inilah antara topik hangat di kalangan rakan² aku.. dan kadang² ia membawa kepada masalah yang sukar untuk diselesaikan.. yang nak kahwin.. yang dah kahwin.. waima yang dah tewas dalam perkahwinan..
pendapat aku?.. perkahwinan ialah satu perjudian.. perkahwinan akan membuahkan kebahagiaan.. perkahwinan jugak akan membuahkan kedukaan.. jika begitu.. mengapa perlu berkahwin jika sudah pasti ia merupakan satu perjudian?buat sahabat² aku di luar sana.. yang masih solo, yang sedang DAP (di alam percintaan), sedang pasrah dengan ketentuan Allah, yang rumahtangga sedang dilanda badai, tak lupa jugak yang telah kembali solo setelah mahligai yang dibina musnah di pertengahan jalan.. pesan aku cuma satu.. ingat Allah sentiasa kerana kasih sayang Allah mengatasi kasih sayang sesama manusia..
bagi aku.. perkahwinan bukanlah satu kemestian dalam hidup.. bukan jua satu perkara yang sangat menyeronokkan.. jika begitu.. kenapa manusia perlu berkahwin? adakah hanya kerana ingin memuaskan nafsu semata-mata?
maka sahabat²ku sekalian.. sebelum mendirikan rumahtangga.. perbetulkanlah niat masing².. selagi kita memijak di bumi Allah.. menghidup udara percuma Allah.. apa sahaja yang dilakukan perlulah dianggap sebagai ibadah.. perkahwinan jua satu ibadah kan.. jika nawaitu Lillahi Taala.. pasti akan beroleh kebahagiaan di dunia dan akhirat.. tapi jika kerana 'telah menjumpai mr. right' (walaupun ntah ye ntah tidak dia ialah mr. right) diletakkan sebagai nawaitu.. maka begitu jugalah hasil yang akan diperolehi..
berkahwin berlandaskan nawaitu Lillahi Taala.. merasakan satu tugas dan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah yang dihidupkan di atas dunia.. ingin berkenal-kenalan dan menyambungkan tali silaturrahim.. biarkan ia satu perjudian kerana hidup itu sendiri sudah merupakan satu perjudian.. perjudian itulah yang meletakkan kita sebagai hamba Allah yang patuh kepadaNya.. perjudian itu jugalah yang meletakkan kita sebagai hamba Allah yang sering bergantung denganNya..
kendatipun.. janganlah berkahwin hanya kerana menjadi ikut²an.. melihat ramai di antara rakan seusia telah berkahwin dan telah mempunyai ramai cahayamata.. bimbang jika lambat mendirikan rumahtangga anak² masih kecil ketika umur telah mencapai separuh abad.. jangan juga berkahwin kerana bertujuan untuk membalas dendam pada sesiapa.. atau kerana terlalu kecewa dengan kehidupan.. itu kahwin tangkap muat namanya..
jangan juga berkahwin mengikut kehendak hati.. kata pepatah.. ikut hati mati.. arakian berusahalah untuk memiliki pasangan yang mendapat keredhaan ibubapa.. kerana keredhaan Allah ke atas hambaNya bergantung kepada keredhaan ibubapa kepada anaknya.. dunia ini bulat sahabat²ku.. what you give is what you get..
maka di kesempatan ini.. aku ingin menyuarakan pendapat aku yang baru setahun jagung memegang title seorang isteri dan seorang ibu..
1 comment:
"Perkahwinan Satu Perjudian". Memang berat ungkapan tersebut walau telah banyak kali telinga mendengarnya dan mata membacanya. Walau sy juga baru setahun jagung menjd isteri dan ibu, namun sy sesungguhnya sangat2 bersetuju bahawa "Perkahwinan Memang Satu Perjudian Hidup". dan memang betul, jika mencintai dan mengharapkan pasangan melebihi cinta dn harapan pada Allah, kita memang pasti akn kecewa suatu hari nnti...Sungguh kita akn kecewa
Post a Comment