Saturday, November 08, 2008

anugerah dari kegagalan... part 2

"Sekali lagi (diingatkan) : Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk pada hari kiamat)!

(At-Takathur : 4)

===============================================================

aku mulakan dengan sahabat² aku di luar sana yang masih solo..

janganlah dikau berdukacita.. jodoh setiap manusia sesungguhnya telah ditetapkan oleh Allah swt.. perbanyakkanlah berdoa pada Allah mohon diberikan jodoh yang terbaik buat kalian.. di dunia dan akhirat.. jangan sesekali bosan dan berputus asa dalam berdoa.. Allah itu Maha Penyayang kan.. jodohmu tetap ada.. pasti ada.. mungkin belum tiba masanya lagi.. janganlah merasa rendah diri kerana masih belum mempunyai pasangan.. aku tetap sahabatmu hingga ke akhir hayat!

Ya Allah.. jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu.

Ya Muhaimin.. jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu.

Ya Allah.. jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta duniawi.

Ya Allah.. jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada hatiMu.

Ya Rabbul Izzati.. jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu.

Ya Allah.. jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurgaMu.

Ya Allah.. jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu.

Ya Allah.. jika aku jatuh hati pada kekasihMu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu.

Ya Allah.. jika Engkau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas hingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu.

Ya Allah.. Engkau mengetahui bahawa hati ini telah berhimpun dalam cinta padaMu, telah berjumpa pada taat padaMu, telah bersatu dalam dakwah padaMu, telah berpadu dalam membina syariat padaMu.

Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya. Penuhilah hati ini dengan nurMu yang tidak pernah pudar.

Lapangkanlah dadaku dengan limpahan keimanan kepadaMu dan keindahan bertawakkal di jalanMu.
Amin ya Rabbal 'Alamin.

No comments: