Saturday, November 08, 2008

anugerah dari kegagalan... part 3

"Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui - (apa yang kamu akan hadapi) - dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu melakukan perkara² yang menjadi bekalan kamu untuk akhirat)!

(At-Takathur : 5)

==============================================================

buat sahabat² DAP aku..

berfikirlah dengan waras dan rational.. janganlah diikutkan kata hati.. kata motivator aku.. 'kita tidak akan akan mengenali pasangan kita sebetulnya sehinggalah kita tidur sebantal bersamanya'.. benarkah pepatah itu? tepuk dada tanya iman.. cubalah bertanya kepada isteri² atau ibu² yang telah lama memakan garam..


my dear friend..

janganlah terlalu menaruh harapan yang tinggi hinggakan tiada langsung fikiran tentang sebab dan akibat yang bakal berlaku di masa hadapan.. jangan juga hilang pertimbangan dalam melakukan sebarang perkara.. seperti kenyataan aku sebelum ini..
dunia ini bulat sahabat²ku.. what you give is what you get..

letakkanlah pegangan agama sebagai perkara utama dalam memilih pasangan hidup.. kerana tanpa asas agama yang kuat.. kaum adam tidak akan mampu membimbing kaum hawa.. begitu juga sebaliknya.. bagaimana hendak memilih kriteria itu dalam mencari pasangan? adakah perlu ditanya..

"Awak sembahyang cukup 5 waktu? Pernah tinggal sembahyang? Subuh gajah ke subuh dalam waktu?" atau..

"Awak ada mengamalkan solah² sunat eg dhuha, tahajjud, qabliyah, ba'diyah, etc?" atau..

"Dah berapa kali awak khatam Al-Qur'an?"

jika soalan sebegitu ditanya kepada bakal pasangan.. tunggu sahajalah lempeng tawar hinggap di pipi.. atau keputusan hubungan selepas itu..

bukan begitu caranya untuk mengetahui pegangan agama seseorang individu.. manusia dikurniakan satu cara untuk mendapat yang terbaik iaitu DOA.. berdoalah ke arah kebaikan.. memohon Allah permudahkan jalan hidup di dunia dan akhirat.. memohon Allah mengurniakan pasangan hidup yang dapat membimbing kita ke jalanNya.. dalam masa yang sama.. perbetulkan diri kita yang mana terkurang kerana Allah tidak akan menolong hambaNya jika hambaNya tidak menolong dirinya sendiri..

atau untuk memperolehi jaminan kebahagian di dunia.. soalan² sebegini perlu ditanya..

"Banyak mana duit dalam bank awak?"

"Awak ada saham kat mana²? Sekarang ni kita tengah recession.. bimbang nanti kita keputusan duit."

jika begitu kaedahnya.. hanya kebahagiaan di dunia sahajalah yang kita kecapi..

sahabat²ku.. sebagai hamba Allah yang sangat kerdil.. kita tiada upaya untuk menjangka masa hadapan.. namun kita ada suatu usaha yang boleh dilakukan bagi memastikan kehidupan kita mendapat keredhaan Allah dan mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat.. iaitu.. bermunajat pada Allah.. banyakkan berdoa pada Allah.. banyakkan bertahajjud.. banyakkan mengamalkan solah hajat.. Allah itu ada.. Allah memerhati setiap apa yang kita lakukan.. Allah Maha Penyayang.. Allah pasti akan memenuhi permintaan kita.. percayalah.. yakinlah pada Allah.. yakinlah pada Allah.. keyakinan sepenuhnya itu penting.. jika keyakinan itu sentiasa ada.. kebahagiaan akan menjadi milik kalian..

"Ya Allah ya tuhanku.. jika dia ialah yang terbaik buatku.. dia dapat membawaku kepadaMu.. dekatkanlah aku padanya.. tetapi andaikata dia bukanlah yang terbaik untukku.. jauhkanlah aku daripadanya sejauh-jauhnya.. bimbinglah aku ke jalanMu ya Allah.. sesungguhnya hanya padaMu aku memohon pertolongan.. hanya padaMu tempat kembaliku."

2 comments:

Anonymous said...

dah lama tunggu entry baru..
aku dalam kategori ni kot..

betul100% apa yan cik sri siantan cakapkan..

baca blog ni kena sedia tisu dulu ;)

nangis ni ...sib baik roomate tak ada ni...

nanti saya fikir lagi dan lagi dan lagi...

you know who me...

cahaya petunjuk said...

wahai insan yg sgt kukenali namun tidak dapat kutaipkan nama di sini,

fikirlah lagi.. bertaubatlah.. sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang dan Maha Penerima taubat..