Monday, November 10, 2008

anugerah dari kegagalan... part 4

"(Ingatlah!) Demi sesungguhnya kamu akan melihat neraka yang marak menjulang!

(At-Takathur : 6)

==============================================================

buat sahabat² aku yang telah mempunyai calon tetapi pasrah dengan ketentuan Allah..

ingat Allah sentiasa.. bertindaklah dengan matang.. dah banyak di kalangan kita yang telah mendirikan rumahtangga tetapi tidak bahagia berpunca daripada mengikut kehendak hati..


jika insan yang pernah mendirikan rumahtangga pilihanmu.. berfikirlah dengan rational.. fikirlah akan kemungkinan yang bakal diperolehi.. fikir jua adakah dirimu mampu untuk menghadapi situasi sebagaimana yang pernah dialami oleh bekas pasangannya sebelum ini.. jika jawapannya 'ya'.. maka teruskanlah dan banyakkanlah berdoa pada Allah.. aku tetap menyokong dirimu dan bersedia untuk mendengar apa sahaja luahan hatimu..

walaupun perkahwinan itu satu perjudian namun ia merupakan sunnah Nabi kan.. walaupun kenyataanku sebelum ini mengatakan perkahwinan bukanlah satu perkara yang menjanjikan kebahagiaan namun setiap manusia itu memerlukan antara satu sama lain.. untuk apa? tidak lain tidak bukan untuk berkongsi.. untuk bercerita.. untuk menjadi teman.. dan yang paling penting untuk sama² mengejar syurga Allah.. pasangan yang dianugerahkan bukan bermakna untuk dijadikan tempat bergantung keseluruhannya kerana tempat bergantung keseluruhannya hanyalah layak bagi Maha Pencipta yakni Allah..

kita dihidupkan di atas dunia ini tidak lain tidak bukan hanya untuk beribadah kepadanya..

"Manusia hidup dan mati serta mati dan hidup dengan satu sahaja tujuan iaitu untuk diuji tentang ahsan atau tidaknya amalan (aktiviti kita)" - matan maksud Surah Al-Insaan : 2

(Insan, Ingatlah! - Nik Abdul Aziz Nik Mat)

2 comments:

Anonymous said...

tidak pernah berniat untuk merampas hak milik orang lain...

bukan juga untuk menyalahkan takdir....

adakah itu sudah ditentukanNya ....

hati dan perasaan sukar untuk dimengerti...

maafkan diriku ini...

cahaya petunjuk said...

banyakkan berdoa pada Allah.. istikharah.. bermunajat dan bertawakkal padaNya.. insyaAllah hidayah menantimu..