Monday, November 10, 2008

anugerah dari kegagalan... part 5

"Selepas itu, demi sesungguhnya! Kamu (wahai orang² yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)!

(At-Takathur : 7)

==============================================================

buat sahabatku yang sedang dilanda badai..

"Perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik.. tetapi lelaki yang baik tidak semestinya mendapat perempuan yang baik."


kenapa lelaki yang baik tidak semestinya mendapat perempuan yang baik? kerana lelaki secara fitrah hidupnya adalah untuk membimbang wanita.. akan tetapi.. jika diperhatikan ada juga lelaki yang baik mendapat perempuan yang baik.. adakah pepatah tadi masih digunapakai? ia tetap digunapakai.. jika begitu keadaannya.. ia merupakan rezeki yang tidak ternilai buat lelaki itu.. satu bonus di dunia yang dikurniakan Allah..

bagaimana pula perempuan yang baik tetapi mendapat lelaki yang tidak baik? pepatah tersebut masih digunapakai.. tetapi sahabat²ku sekalian.. itu tandanya Allah sayangkan dirimu.. Allah ingin menganugerahkan pahala kepadamu dengan demikian cara.. setiap manusia yang hidup ini diuji.. itulah amanah daripada Allah semoga kaum hawa mendidik kaum adam ke arah yang lebih baik.. beratkan tugas tersebut? tapi ketahuilah.. dikau mampu menanggungnya kerana..

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(Al-Baqarah : 286)

Allah itu Maha Mengetahui.. Allah Maha Mengetahui kemampuan setiap hambaNya.. itu antara ujian yang diturunkan untuk hambaNya supaya sentiasa mendekatkan diri padaNya.. sentiasalah bermohon moga Allah mengubah pasanganmu menjadi yang lebih baik.. dalam masa yang sama dikau akan merasa lebih dekat denganNya.. bukankah itu tandanya Allah menyayangimu?

tetapi dikau perlu
mempunyai pendirian.. jangan biarkan diri ditindas.. dirimu perlu kuat.. bukan senang untuk memperolehi kekuatan.. kekuatan jiwa hanya dariNya my dear.. itulah yang dikatakan berkahwin kerana Allah.. letakkan Allah di tempat pertama sebelum yang lain.. cintailah Allah.. cintailah Allah sebelum menyintai yang lain.. cintailah Rasulullah.. cintailah diri sendiri.. barulah menyintai pasanganmu.. dan jika menyintai pasangan.. cintailah dia seadanya.. jangan sesekali menyintainya melebihi cintamu pada Allah.. kerana jika dikau menyintai mahkluk melebihi cintamu kepada Allah.. matlamat hidupmu sudah terpesong.. dan dikau tidak akan dapat mengecapi kenikmatan hidup di dunia yang sementara ini..

"Allah won't give you the person you want instead Allah gives you the person you need.. to love you.. to hurt you and to teach you."

janganlah dikau beranggapan dirinya dapat memenuhi semua kehendak hatimu.. kerana dia bukanlah insan yang mengenalimu sejak dari kecil.. sebagaimana dirimu tidak dapat memenuhi kesemua kehendak hatinya begitu juga halnya dengan pasanganmu..

jika pendiriannya atau kehidupannya tidak sepertimu.. janganlah dirimu merasa tertekan.. cubalah untuk menerimanya selagi ia tidak bercanggah dengan Islam.. dia begitu kerana itulah kebiasaanya.. masing² dibesarkan dengan cara berbeza dan cara pembesaran itulah menjadikan kita seperti sekarang.. andaikata dikau tidak selesa dengan caranya.. cubalah menasihatinya dengan cara yang baik.. jangan sesekali jemu dalam menasihatinya..

jika dikau menabur bakti kepadanya.. taburkanlah dengan ikhlas.. jika tidak dikau akan merasakan seolah-olah pengorbanan yang diberikan itu sia² belaka.. pengorbanan yang dilakukan tidak dihargai.. sahabatku.. dia juga manusia sepertimu.. tidak sempurna..

"Jadilah kamu seperti matahari yang menyinarkan cahayanya kepada seluruh alam tanpa memikirkan cahaya itu akan kembali memberi pulangan kepadamu."

- Dr. Robiah K Hamzah

jangan juga menaruh harapan yang terlalu tinggi terhadapnya kerana dirimu akan kecewa di kemudian hari.. dia juga manusia sepertimu.. tiada manusia yang sempurna.. dirimu perlu sentiasa bersedia untuk menghadapi apa sahaja kemungkinan.. menghadapinya dengan hati yang terbuka dan bijaksana.. perlu memikirkan 'jika begini jadinya apa yang harus aku lakukan.. jika begitu jadinya apa yang harus aku lakukan'.. hidup memerlukan perancangan yang teliti sahabatku.. tidak keterlaluan jika aku katakan.. dirimu perlu memikirkan untuk berlakunya sebarang kemungkinan..

pada ketika itu.. Allah menguji dirimu.. menguji dengan ujian yang tidak pernah disangka-sangka.. jangan cepat melatah.. kembalilah kepada Allah.. Allah sentiasa ada untuk kita .. tabahkan hati.. kuatkan semangat.. aku sentiasa berdiri di belakangmu.. dan yang pasti Allah sentiasa ada untukmu.. always remember Allah will never close one door without opening another!

4 comments:

Anonymous said...

meaningful sungguh..mekacih yer hidayah...

Anonymous said...

Bekerja dlm bidang seperti saya, memang sentiasa mencari idea utk menasihati. Sesungguhnya mmg tersgtlah sukarnya untuk mendptkn idea bgmn menasihati dengan baik. Dan saya sgt 'respek' pd mereka yg berjaya menasihati dengan ayat yg sangat 'sdp' telinga mendgr (terlebih lagi dlm bab menasihati insan spt suami, bkn takut kene marah, takut 'ter'berdosa lak nnti)

cahaya petunjuk said...

aineena,
semoga dirimu sekeluarga sentiasa beroleh hidayah..

yatie,
ingat-mengingati dan tegur-menegur digalakkan di dalam Islam.. tegur dgn berhikmah pasti membuahkan hasil!

Anonymous said...

Begitu namanya hidup....ujian datang dan pergi........