"Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya, pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)!
(At-Takathur : 8)
(At-Takathur : 8)
==============================================================
buat sahabat²ku yang yang telah kembali solo setelah mahligai yang dibina musnah di pertengahan jalan..
jangan berdukacita.. jangan menangisi nasib dirimu.. setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahNya.. tidak ada perkara yang berlaku dengan sia².. muhasabah dirimu.. pasti ada kesilapan di sebalik apa yang berlaku.. dan perceraian itu adalah yang terbaik buat dirimu.. percayalah!seperti kenyataanku sebelum ini.. Allah sayangkan dirimu.. Dia inginkan dikau sentiasa mengingatiNya.. mungkin sebelum ini dek kerana terlalu menyintai pasanganmu hingga menyebabkan dikau lalai dalam mengingati Allah.. dikau diberikan ujian yang pahit itu.. jangan berdukacita.. itu tandanya Allah sayangkan dirimu!
teruskan hidup ini dengan penuh semangat dan keyakinan pada Allah.. gunakanlah masa yang dianugerahkan Allah ini sebaik-baiknya.. jangan berputus asa.. jangan berputus harap.. cheer up! there is always a sunshine over the rainbow my dear.. jangan kerana perceraian dikau hilang arah tuju.. tidak bersemangat..
bangun! bangun wahai sahabatku.. being divorced is not the end of the world.. life must goes on.. buktikan yang dikau bukanlah wanita yang hanya bergantung dengan lelaki.. tetapi dirimu boleh berdiri tanpa insan yang bergelar suami.. kenapa begitu? kerana dikau mempunyai Allah yang sentiasa membantumu dan memerhati apa yang dikau lakukan..
sahabatku..
hidup ini terlalu singkat untuk membiarkan diri kita bersedih dan hanyut dengan dugaan yang menimpa diri.. tiada masalah yang tiada jalan penyelesaiannya.. kerana itulah kutegaskan daripada post aku yang terawal.. pucuk pangkalnya ialah iman kepada Allah.. beriman kepada Allah sebagaimana nasyid yang dikumandangkan ini..
Iman... Bagaikan emas permata
Letaknya di dalam jiwa
Kemilau warnanya, bak cahaya
Menyuluh hidup seluruh manusia
Iman letaknya di hati, suburkanlah dengan ilmu
Bajainya dengan zikrullah, ia menunjukkan kita
Jalan diredhai Allah
Imanlah harta yang paling berharga
Iman... Kurniaan Yang Esa
Tanpa mengira bangsa dan rupa
Memberi petunjuk ke jalan mulia
Menjadi benteng penghalang dosa
Orang yang teguh iman
Sabar dengan ujian
Di akhirat dia insan yang mulia
Letaknya di dalam jiwa
Kemilau warnanya, bak cahaya
Menyuluh hidup seluruh manusia
Iman letaknya di hati, suburkanlah dengan ilmu
Bajainya dengan zikrullah, ia menunjukkan kita
Jalan diredhai Allah
Imanlah harta yang paling berharga
Iman... Kurniaan Yang Esa
Tanpa mengira bangsa dan rupa
Memberi petunjuk ke jalan mulia
Menjadi benteng penghalang dosa
Orang yang teguh iman
Sabar dengan ujian
Di akhirat dia insan yang mulia
setidak-tidaknya perceraian ini akan mematangkan dirimu.. meyakinkanmu bahawa tiada yang mustahil bagi Allah.. pertemuan dan perpisahan itu adalah dalam bidang kuasa Allah.. hanya sedikit ujian yang diberikan jika dibandingkan dengan umat sebelum kita sahabatku..
dan perceraian ini jua menguatkan lagi betapa kerdilnya dirimu.. dan manusia keseluruhannya.. tiada upaya untuk menghalang akan ketentuan Allah.. kerana itulah kita digelar HAMBA ALLAH.. yang membawa erti kita perlu sujud, patuh dan sentiasa bergantung denganNya..
perceraian ini juga lebih menjadikanmu mengenali bahawa manusia ini tiada yang kekal.. manusia ini tidak sempurna.. maka jika begitu siapakah yang kekal? dan siapakah yang Maha Sempurna? jawapannya pasti berada di dalam benak fikiranmu bukan? ya.. Allah.. hanya Allah sahaja milik kesemuanya.. kembalilah kepadaNya wahai sahabatku..
dan perceraian ini jualah akan menyedarkan dirimu di manakah silapmu.. kesalahan yang berlaku tidak mungkin berlaku di sebelah pihak.. maka muhasabahlah dengan setiap apa yang berlaku.. pabila dikau telah menyedari kekurangan dirimu.. ia memberi peluang kepada dirimu untuk berubah ke arah yang lebih baik..
dan renungkanlah apa yang telah berlaku.. bukankah ini satu anugerah dari kegagalan?
*uh.. aku ni memang tak sesssuuaaaaiiiiiii mengarang bahasa² if.. then.. else.. ahaks! but anyway di situ rezekiku kuteruskan jua..
1 comment:
Rasa syahdu plak baca ceta cam nih cam alih2 baru sambut anniversary plak nih...mana kita tau apa akan jadi masa masa hadapan kan
Post a Comment