"Dia menciptakan langit & bumi dgn ada faedah & ada gunanya yg sbnr; Dia pula yg menjadikan mlm melingkari siang (dgn kegelapan), & menjadikan siang melingkari mlm (dgn cahayanya); dan Dia menjadikan matahari & bulan beredar menurut perintahNya, - tiap² satu dr keduanya beredar utk suatu masa yg tlh ditetapkan. Ingatlah! Dialah Yang Maha Kuasa Lagi sentiasa Mengampuni"
(Az-Zumar : 5)
==============================================================
aku sebenarnya dah taip pjg lebar tadi.. panjanggggggggggggggg sangat.. tapi tah kenapa.. tetiba je mouse n keyboard tak function.. hikmat 3 jari Ctrl+Alt+Del pun tak jalan.. pehtu aku restart jer.. on balik pc.. dia hang lagi after aku dah taip pjg n and again tak sempat save.. grrr!!!! hangin dah aku.. pc budus ke.. org menaip kurang arif ke.. tak taula mana satu.. rasanya dah arif dah.. kalo tak takkan leh dapat 3 tk3.. wakakakaka.. cas jgn tak cas..
makanya.. aku taip je la apa yg bermain di fikiran aku..
aku sebenarnya skarang ni.. ish malu la nak kabo.. aku.. aku.. ish malu la i.. aku sebenarnya dlm era homesick.. hiks! dah tua cenggini pun homesick lagi.. kalah budak form 1 baru masuk asrama!
camnilah setiap kali aku balik dari kampung.. aku suka kampung aku.. aku suka dapat angin pantai.. aku suka terengganu.. majoriti org melayu (aiseh! racist la pulak).. aman tenteram.. kalo dari rumah aku tu leh dengar azan dari 5-6 masjid.. ah.. mmg tenang jiwa drpd kehidupan kota yg menyesakkan.. dan yg paling utama best balik kampung ialah.. aku dapat jumpa mak aku!!!! huhu..
kalo pencen nanti rasanya aku balik terengganu la.. nak kumpul duit beli tanah kat terengganu.. leh aku guna duit pencen buat rumah.. uh.. lom apa² lagi pjg tol angan² aku.. dah cukuplah tu.. Rasulullah tak suka org yg pjg angan²..
time ni berjaga lagi tak taula kol bape aku nak tido.. esok ni jadi pekerja mandom la kat opis nampaknya.. siang tadi pun banyak vit M aku nih.. almaklum sahajalah.. mood cuti masih menguasai diri.. pagi² bos dah soh buat prog specs pasal PM announce masa bajet (dok opis aku nih tak pernah reda ngan keje.. ada aje yg nak kena ammend pada prog specs.. grrrr!!!).. tengahari tu gi demc lawat ayahanda big bos aku.. tp ok jer dia tadi.. ceria.. petang td apa aku buat yek? hari isnin ku berlalu begitu saje ;-))
sementelah aku ni tgh 'sakitrumah' aku citerla percutian aku ke kampung halaman tempohari.. rumah tu banyak bagi kenangan kat aku.. di situlah aku dibesarkan.. aku main ngan adik beradik aku.. memang banyak sangat kenangan..
kalo bulan puasa malam² terawih ikut ayah.. kat mana ayah jadi imam kat situlah kitorang pegi.. but lepas ayah takde.. kitorang pegi masjid ladang.. masjid tu dah sediakan tempat utk org uzur cam mak.. but since masjid ladang tu under construction.. tak sesuai utk org uzur cam mak aku.. pasir n tiles sana sini..
arakian terawih kali ni hanya di surau taman jaya (surau kat taman aku yang jaraknya tak sampai 100 langkah org berjalan kaki.. langkah org dewasa yek!).. uh.. surau ni mmg banyak nostalgia.. surau ni lah antara item yang ayah tinggalkan.. ayah fight nak buat surau kat taman perumahan ni.. memula ramai yg tak setuju (especially dato'² kat taman aku tu).. kenapa tak setuju? sudah pastinya sbb politik.. tapi kata ayah kita mesti tegakkan agama Allah.. hidup mesti sentiasa berjihad.. manusia takkan boleh buat apa kat kita.. yakin pada Allah.. dan.. alhamdulillah akhirnya terbinalah sebuah surau.. ruang lingkupnya agak luas.. padang bola disediakan di sebelahnya.. dulu² player terengganu slalu practise kat situ..
dari situ ayah sering jadi imam dan berdakwah melalui kuliah maghribnya.. Allah Maha Kuasa.. diberi hidayah kpd penduduk² taman aku.. dijinakkan hati.. dan kini surau tu sangat mewah.. dan dibiayai oleh insan² yang bermurah hati (most penduduk taman aku tu org² byk duit kecuali family aku jer).. surau tula tempat aku ngaji Al-Qur'an masa kecik dulu..
No comments:
Post a Comment