Tuesday, September 09, 2008

'sakitrumah' part 2

"Dan jika sekiranya org² zalim itu mempunyai segala apa jua yg ada di bumi, disertai dgn sebanyak itu lagi, tentulah mereka rela menebus diri mereka dengannya daripada azab siksa yg buruk pada Hari Kiamat, setelah jelas nyata kpd mereka dari hukum Allah, azab yg tidak pernah mereka fikirkan."

(Az-Zumar : 45)

==============================================================

malam tu cuaca sungguh dingin.. baru lepas hujan.. azan isya' dah berkumandang drpd beberapa masjid.. aku ngan mak masih di rumah.. selang 5 minit mak memanggil aku.. mak dah bersedia utk berterawih..

kami masuk ke dalam kereta.. tak lupa kerusi dan sejadah putih kubawa.. setelah parkir keta di perkarangan surau, pintu keta co-pilot dan belakang kubuka.. kuturunkan mak seraya mengambil kerusi serta sejadah putih kami.. sejadah kukepit di celah ketiak dan kerusi kupegang di sebelah kiri sementelah tangan kanan aku memimpin mak..

baru berjalan dalam 10 langkah mak menoleh ke arah aku.. "mak kena amik air smayang lagi skali" kata mak.. aku senyum dan angguk jer.. aku masih memimpin mak mengatur langkah ke tempat mengambil wudhu'.. sukarnya aku nengok mak nak angkat kaki ke tempat amik wudhu' tu.. telekung mak kupegang begitu jugak dgn kain mak.. kedua-dua tangan mak berpegang pada dinding sebagai penahan agar tak jatuh.. bila tiba kaki nak dibasuh mak berulang bertanya adakah air dah mengenai hingga ke bukulalinya.. bimbang kalau² terjatuh masa menunduk..

serasa begitu sayu dan tersentuh hati aku.. kaki itulah yang menghantarku ke sekolah.. kaki itu jualah yang menemaniku ke kedai² satu ketika dulu.. sukarnya mak nak bergerak apatah lagi melakukan aktiviti selepas mak kena stoke tahun lepas..

bila mak dah masuk surau aku perlu cari tempat yang sesuai untuk letakkan kerusi mak.. mak dah smayang atas kerusi..

ahli surau tu kebanyakannya org tua².. anak² sume dah berhijrah ke tempat lain termasuklah aku.. 20 tahun dulu sumenya muda² lagi.. pantasnya masa berlalu..

kadang² aku cam tak caya.. mak di zaman mudanya merupakan player hockey maktab.. netball lagi.. jauh sekali ngan aku yg sgt tidak menyukai aktiviti yang meletihkan.. yg paling aku tak suka ialah bola tampar menampar.. tapi aerobik tu aku suka.. heheheh.. tp apa kisah aktif tak aktif kan.. kalau Allah nak bagi Dia bagi jer.. Kun Fa Ya Kun..

insaf aku nengok.. cemana la aku bila dah tua nanti.. aku pernah kata kat naim "kalau mama dah tua nanti naim jaga mama yer".. pun begitu aku tak mengharapkan apa² drpd manusia waima anak sendiri.. hanya pada Allah tempat aku bergantung.. moga Allah sentiasa permudahkan jalanku di dunia dan akhirat..

bebaru ni masa mak kat rumah aku mak ada nampak aku pakai satu telekung.. "cantik" kata mak.. telekung tu bukanlah aku yang beli.. aku tak pernah beli telekung utk diri sendiri sume telekung aku tu ihsan drpd mak n kakak aku.. telekung yg mak kata cantik tu hadiah drpd sahabat aku yg pemurah, che suhaila (credit to csu)..

masa tu hatiku dah terdetik.. aku mesti dapatkan telekung yang tajuknya kasa rubiah utk mak.. kontek no org tu aku dah dpt, khairi namanya.. now aku kena tau bila dia nak datang putrajaya utk aku dapatkan telekung tu.. finally aku berjaya dapatkannya di jpm.. alhamdulilah..

bila bawak balik aku bagi mak.. mak kata terima kasih tapi cam biasa ayat yg kluar drpd mulut mak aku.. "kenapa beli telekung kat mak? mak ni dah tak lama hidup dah. kalau mak mati nanti pakaikanla telekung ni kat mak"..

"mati tak mengenal usia mak.. org muda pun boleh mati dulu" itulah jawapan yg sering kuberikan.. tapi hatiku puas.. aku dah dapatkan apa yg mak inginkan.. mak tak pernah bagitau apa yg dia nak.. tp sbg anaknya aku paham setiap patah kata mak yg selalunya indirectly ;-))


No comments: